• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fazura Tampil Buka Mulut Isu ‘Baby Bump’

oleh
19/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON, Nur Fazura sekali lagi jadi bualan hangat netizen selepas sekeping foto memaparkan perubahan bahagian perut ketika hadiri satu acara pertunjukan fesyen kini tular di laman sosial.

Perkara tersebut secara tidak langsung mengundang spekulasi bahawa pelakon yang terkenal menerusi watak Nura Medina dalam drama berantai bertajuk Hero Seorang Cinderella itu kini sedang berbadan dua.

GAMBAR YANG MENJADI BUALAN HANGAT NETIZEN.

Spekulasi itu bagaimanapun dinafikan oleh Fazura menjelaskan bahawa perubahan fizikal yang dilihat pada gambar berkenaan disebabkan oleh potongan dan jenis pakaian yang digayakan olehnya.

“Ia bukan ‘baby bump‘, sebaliknya hanya biasan kain yang saya pakai. Mungkin rekaan dan material yang digunakan menampakkan seolah-olah saya sedang hamil.

“Untuk gambaran lebih jelas, boleh lihat sendiri video yang dimuat naik di akaun Instagram kelab peminat saya, @fazbulouswarriors,” jelas Fazura dipetik BH Online, hari ini.

Kata Fazura, dia bagaimanapun mengucapkan ribuan terima kasih kepada atas doa semua peminat dan memberitahu tidak akan berahsia mengenai kehamilan kerana sesuatu yang baik harus dikongsi bersama.

“Apa pun, saya bersyukur di atas doa anda semua. Insya-Allah, jika ada khabar gembira, pasti akan saya kongsi pada masa paling sesuai,” katanya lagi.

Sebelum ini, Fazura juga pernah terpalit dengan gosip yang mendakwa kononnya aktres itu mengandung apabila mengatakan dia mengidam selepas ditegur makan dalam kuantiti yang banyak.

Namun, Fazura menafikan perkara berkenaan dan memberitahu dia hanya sekadar bergurau sahaja. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Nur Fazura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Perang’ Bendera Politik Semakin Sengit Di Kelantan

Next Post

2 Pemuda Didakwa Rompak Stesen Minyak Guna Parang

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Hamil Empat Bulan

17/04/2020
0

PELAKON popular Fazura berkongsi berita gembira apabila kini hamil anak pertama hasil perkahwinan dengan suaminya yang juga pelakon Fattah Amin....

Next Post

2 Pemuda Didakwa Rompak Stesen Minyak Guna Parang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd