Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Yana Samsudin, Hanez Suraya...

AMBOI sakan!Dua pelakon cantik yang bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi, Yana Samsudin...

Kes Muhyiddin Batal Saman...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 19 Januari depan untuk keputusan...

“Ujian PSV Tak Susah,...

KUALA LUMPUR - Pemandu-pemandu e-hailing tidak perlu khuatir untuk menduduki ujian bagi mendapatkan...

Tahanan Dijumpai Tergantung Di...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga tempatan yang ditahan atas tuduhan membunuh dua...

Elaun Anggota Sukarelawan Polis Dinaikkan – Zahid

ALOR SETAR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan kenaikan elaun sukarelawan polis di seluruh negara sebanyak RM2 sejam berkuat kuasa serta merta.

Ahmad Zahid berkata ia membabitkan kenaikan elaun anggota daripada RM6 kepada RM8 sejam, manakala pegawai daripada RM7.80 kepada RM9.80 sejam.

“Saya ingin mengumumkan bagi sukarelawan polis kenaikan elaun berkuat kuasa sebagaimana pengumuman Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk seluruh anggota sukarelawan dalam pasukan-pasukan sukarelawan yang lain.

“Kenaikan ini berkuat kuasa serta merta…mudah-mudahan akan lebih ramai lagi penyertaan di dalam pasukan sukarelawan ini untuk memberikan motivasi dan semangat yang baik,” katanya ketika berucap merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Polis Kedah Datuk Zainal Abidin Kasim.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Perdana Menteri sangat menitikberatkan soal keselamatan negara termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan melengkapkan pasukan itu melalui peruntukan untuk pembelian dan peralatan aset yang canggih.

“Perdana Menteri membeikan respons yang sangat baik dan sangat prihatin kerana berpendapat polis perlu dilengkapkan dengan peralatan baharu supaya pencapaian polis akan lebih baik.

“Keprihatinan Perdana Menteri bukan sahaja setakat memperkasakan aset tetapi juga menaikkan taraf semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan IPD terutama di berek polis seluruh negara,” katanya.


Beliau berkata umpamanya seperti berek polis apabila peruntukan yang besar disalurkan untuk menaik taraf berek berkenaan daripada dua unit berek dijadikan hanya satu unit supaya setiap berek ada tiga bilik tidur dan sekurang-kurangnya dua bilik air.

Ahmad Zahid berharap kesemua perancangan untuk menaik taraf itu akan dapat dilaksanakan segera apabila semua masalah-masalah utama termasuk kewangan dapat diatasi.

Timbalan Perdana Menteri turut mengharapkan kerjasama semua pihak termasuk pemimpin masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat keseluruhannya dalam membanteras dan mencegah perlakuan jenayah di negara ini, sejajar dengan slogan Hari Polis yang ke-211 iaitu ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

“Saya yakin melalui penglibatan masyarakat dan pemimpin komuniti, kadar jenayah pasti akan menjadi satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang boleh dicapai dan Insya-Allah pasukan PDRM akan jadi pasukan polis terbaik bukan hanya di rantau ASEAN tapi di Asia,” katanya.

Bangunan IPD Kota Setar baharu yang bernilai RM46.2 juta itu mula dibina pada 31 Okt 2014 dan siap sepenuhnya pada 31 Nov tahun lalu.

Ia mula beroperasi pada 1 Feb lalu dengan kekuatan 775 anggota dan pegawai, diketuai Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin. – BERNAMA

Kategori