Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

PKP Fasa 2: Hanya...

PUTRAJAYA - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua yang akan bermula Rabu...

Wow.. Cuma 4 Jam...

ALOR SETAR - Sukar dibayangkan apabila perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) dari Padang Besar,...

Tunggang Motosikal Secara Berbahaya,...

SEREMBAN : Dua remaja yang menunggang motosikal secara berbahaya ditahan anggota polis di...

Beberapa Syarikat GLC Telah...

SELEPAS PH menang PRU14, beberapa syarikat GLC telah mengalami kerugian yang teruk pada...

Dua Lipa Kecil Hati Dengan Netizen Malaysia

BINTANG pop keturunan British-Albania, Dua Lipa akui berasa terguris dengan tindakan segelintir netizen Malaysia yang mempermainkan panggilan terhadap bapanya dalam satu gambar yang dimuat naik ke dalam akaun Instagram miliknya.

Sempena hari lahir bapanya 5 Mac lalu, Dua memuat naik satu perkongsian di laman Instagram sekeping gambar dia dan bapanya bagi dan mengucapkan selamat ulang tahun.

Happy birthday babi, I wish I was home to give you a big hug and kiss (Selamat hari jadi ayah, saya harap saya ada bersama untuk peluk dan cium ayah).”

Bagaimanapun, perkataan ‘babi’ bermaksud bapa dalam bahasa Albania, iaitu negara asal kedua ibu bapa penyanyi New Rules tersebut.

Baca: Gara-Gara Diejek, Dua Lipa Tukar Kapsyen ‘Babi’

Kata Dua, dia terkilan kerana ucapan yang sepatutnya sesuatu yang istimewa buat bapanya menjadi negatif secara tiba-tiba.

“Ibu bapa saya berasal daripada Albania, jadi sudah tentu saya tahu bertutur dalam bahasa itu.


“Netizen (yang berkenaan) tidak sepatutnya memberi respon negatif, kerana secara terangan saya bukannya tahu Bahasa Malaysia,” kata Dua dalam laporan akhbar New Straits Times, hari ini.

Namun, itu tidak bermakna penyanyi cantik itu patah semangat untuk menghiburkan para peminatnya di Malaysia.

Dua dijangka mengadakan konsert di KL Live, Kuala Lumpur pada 3 Mei ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori