• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DSA Natsec 2018 Platform Perluaskan Perangkaian

oleh Ahmad Albab
18/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Oman Munition Production Company (OMPC) berhasrat memperluaskan hubungannya dengan negara-negara yang menyertai pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018 di sini.

Pengurus Kewangan dan Akaunnya, Abdulaziz Khalifa Al Abdali, berkata sebagai syarikat yang pertama kali mewakili negara ke pameran itu, OMPC berazam memperkenalkan produknya selain menyumbang kepada keselamatan dan pertahanan negara.

“OMPC baru sahaja ditubuhkan, kami memulakan pengeluaran produk tahun lepas. Apabila mendapat tahu DSA merupakan pameran terbesar di rantau ini, kami merancang untuk menyertainya,” katanya kepada Bernama di luar acara DSA dan Natsec Asia hari ini.

Kilang OMPC, yang menghasilkan kaliber 9mm, 7.62mm dan 5.56mm untuk kegunaan pasukan polis dan tentera, terletak di Samail, Dakhaliyah di utara Oman.

Sebuah lagi syarikat Oman, Al Busaidi Defense and Ammunition, turut menyertai pameran itu.

Oman, Emiriah Arab Bersatu dan Thailand adalah antara negara yang membuat penampilan sulung pada pameran itu.

Eksekutif Projek Kanan Abu Dhabi Aviation (ADA) Mansoor Al Qubaisi berkata syarikat itu, yang mempunyai rancangan untuk memperluaskan perniagaannya, menerima ramai pengunjung di reruainya pada pameran itu.

“Ketika ini, kami bekerjasama rapat dengan Sepanyol, Nigeria, India dan Brazil. ADA adalah pengendali helikopter komersil terbesar di Timur Tengah dan kini mengendalikan satu armada kapal terbang dan helikopter,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kerjasama Antarabangsa Defence Technology Institute (DTI) dari Thailand, Sarinda Kanjanakhot, berkata penyertaan institut itu pada pameran berkenaan adalah semata-mata untuk mewujudkan perangkaian bagi mencapai matlamat jangka panjang.

“Kami berasa bangga dan bertuah kerana diundang ke sini dan akan kembali lagi pada masa akan datang. Di samping menjadi pempamer, kami juga berpeluang melawat reruai negara-negara lain, meninjau produk mereka dan membuat perancangan untuk mengadakan perjanjian pada masa akan datang,” katanya.

Sarinda berkata misi utama DTI adalah berkaitan penyelidikan dan pembangunan tentang kelengkapan ketenteraan secara besar-besaran untuk dikemukakan kepada Angkatan Bersenjata Thailand.

“Kami juga menyelaraskan dan menjalinkan kerjasama dalam bidang teknologi pertahanan dengan agensi kerajaan lain, institut akademik berkaitan dan sektor swasta di peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Pameran empat hari itu, yang bermula semalam di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia di sini, menyaksikan penyertaan kira-kira 1,500 syarikat berkaitan pertahanan dan 350 anggota perwakilan dari 45 negara.

Pameran itu dijangka menarik 40,000 pengunjung dan muncul sebagai platform yang menghimpunkan pihak pengurusan tertinggi dalam bidang pertahanan dan keselamatan dari seluruh dunia untuk bertukar-tukar idea, di samping memberi peluang kepada penggiat industri untuk memasarkan perkakasan, perisian dan perkhidmatan mereka.

Melalui penganjuran pameran DSA dan NatSec 2018, kerajaan Barisan Nasional mempamerkan komitmennya untuk memperkasakan keselamatan di negara dan rantau ini. – BERNAMA

Tags: DSA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd