• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DSA, Nastec Bukti Keyakinan Terhadap Malaysia

oleh Ahmad Albab
17/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018 yang dibuka secara rasmi hari ini membuktikan pihak luar mempunyai keyakinan tinggi terhadap kestabilan Malaysia di rantau Asia Tenggara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata biarpun Malaysia dituduh bermacam-macam, penganjuran program sebegini menunjukkan negara berada dalam satu posisi yang cukup baik dan menarik minat banyak penganjur luar, selain bertujuan menjual aset.

“Saya rasa begitu gembira kerana apa yang saya lihat hari ini, komitmen daripada Mindef (Kementerian Pertahanan), industri pertahanan amat membanggakan kerana banyak tetamu luar dan mereka menunjukkan minat untuk bersama kita dalam DSA kali ini.

“Ia menunjukkan mereka punyai keyakinan terhadap kestabilan Malaysia dan diterjemahkan dalam konteks kestabilan di rantau ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di sekitar ruang pameran di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Pameran itu menghimpunkan kira-kira 1,500 syarikat berkaitan pertahanan dan 350 anggota delegasi luar negara dari 45 negara.

Pameran yang dijangka menarik 40,000 pelawat itu menjadi platform kepada pengurusan tertinggi pertahanan dan keselamatan di seluruh dunia untuk bertukar-tukar idea selain memberi peluang kepada penggiat industri untuk memasarkan produk masing-masing.

Majlis pembukaan DSA edisi ke-16 itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Hishammuddin semalam.

DSA merupakan acara dwitahunan yang diadakan sejak tahun 1988. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun HusseinkeselamatanPertahanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

15/04/2026
0

KUANTAN - Penduduk Paya Besar menggesa pihak berwajib menangani isu kemalangan yang kerap berlaku di laluan susur keluar Jalan Kg...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd