• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dira Tampil Selar Kenyataan Tidak Berasas Wardina

oleh
29/04/2018
dalam Artis, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini Malaysia digemparkan dengan kenyataan bekas pelakon, Wardina Safiyyah menggesa semua pihak supaya tidak menggunakan sentimen agama dalam kempen politik.

Malah, Wardina turut mempertahankan perjuangan pakatan pembangkang, DAP dengan memberi perbandingan realiti di Malaysia dan Australia mengenai bagaimana golongan minoriti ditindas hanya kerana berbeza agama.

Perkara itu ternyata menarik perhatian Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar ‘bangkit’ menyelar kenyataan Wardina dengan beranggapan wanita tersebut tidak memahami perjuangan parti politik berkenaan.

“Saya kira Wardina anggap perkara ini remeh kerana tiada falsafah maruah bangsa dan agama di parti sebelah sana.

“Tetapi bagi kami di sini (UMNO dan Barisan Nasional) akan tetap teguh pada perjuangan kami agar tidak runtuh dek kejarkan kuasa,” kata Dira dipetik mStar Online.

Exco Puteri UMNO Bahagian Tangga Batu, DIRA ABU ZAHAR.

Dira yang juga merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka iaitu Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin memberitahu bahawa DAP sebelum ini kerap memperkecilkan hak Islam dan orang Melayu di negara ini.

Katanya, meskipun belum pegang tampuk pemerintahan negara, DAP sudah menunjukkan ‘belang’ apabila berani cabar umat Islam dengan tolak Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355).

“Jika tidak, masakan DAP berani menyebut Malaysian Malaysia, slogan yang agak panas saya kira di mana falsafahnya mungkin terkandung bahawa Islam bukan agama rasmi sebaliknya semua agama patut disamaratakan,” ujar Dira.

Wardina Saffiyah

Malah pemilik nama sebenar Khaidhirah Abu Zahar itu berkata, isu arahan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk memperlahankan laungan azan di negeri itu seolah-olah memperkecilkan hak umat Islam negara ini.

“Ini bermaksud golongan murtad perlu diberi hak, golongan liberalis perlu dibebaskan, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang jelas mencabar undang-undang agama Islam diberi sanjungan. Inikah yang Wardina mahu?” soalnya.

Baca: Kenyataan Tak Berasas, Wardina Dikecam Hebat

Terdahulu, Wardina meluahkan rasa sedih dan meluat terhadap usaha-usaha pihak tertentu yang bermain sentimen agama serta kaum sebagai modal untuk menakut-nakutkan umat Islam.

Pandangan lantang secara terbuka Wardina itu dilihat menimbulkan kritikan hebat daripada banyak pihak yang tidak senada dengan pelakon sitkom Spanar Jaya itu.

Rata-rata netizen melepaskan kemarahan berhubung pendapat Wardina malah yakin bahawa blok pembangkang berkenaan bukan parti yang memperjuangkan agama Islam secara telus. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: dira abu zaharWardinawardina saffiyah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dira Tunai Impian Ibu Jumpa Hishamuddin

11/07/2018
0

PELAKON Dira Abu Zahar meluahkan rasa gembiranya apabila dapat bertemu dengan Datuk Seri Hishamuddin Hussein selepas dipilih menjadi Ahli Majlis...

Dira Abu Zahar Tanding MT UMNO, Bukan Ketua Puteri

11/06/2018
0

KUALA LUMPUR – Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sama ada bertanding atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd