• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dengan Sekali Lafaz, Dynas Kini Sah Milik Tauke Ayam

oleh
21/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DENGAN sekali lafaz pelakon dan pengacara jelita, Dynas Mokhtar kini sah bergelar isteri kepada pengusaha ladang ayam, Shazrik Din kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar dan Shazrik disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis yang berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan di Shah Alam, Selangor.

Dipetik daripada laporan beberapa sumber, pasangan yang sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh bapa Dynas sendiri iaitu Datuk Wan Mokhtar Wan Mohamad.

Difahamkan juga, aktres yang terkenal menerusi drama Susuk itu menerima mas kahwin berjumlah RM1,001 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dengan wang hantaran RM10,000.

Majlis perkahwinan diadakan secara sederhana dan dihadiri kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan rapat kedua-dua mempelai.

Dalam pada itu, Dynas dipetik mStar Online berkata majlis bertandang akan diadakan pada 28 April depan di Damansara, Petaling Jaya dan disusuli majlis resepsi di sebuah hotel di ibu negara pada 5 Mei depan.

BACA : Gementar Tunggu Hari Bahagia, Dynas Nikah 21 April

BACA : Kahwin April Ini, Bakal Suami ‘Tarbiyah’ Dynas!

Tahniah…kami di Mynewshub ucapkan buat pasangan ini. Kami mendoakan semoga hubungan yang dibina ini kekal hingga ke Jannah. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: DYNAS MOKHTAR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dynas Teruja Jadi Ketua Gengster Hong Kong

11/03/2018
0

PELAKON Dynas Mokhtar, 35, teruja terhadap pencapaian terbaharu apabila diberi peluang melakonkan watak selaku ketua gangster selepas hampir 18 tahun...

Gementar Tunggu Hari Bahagia, Dynas Nikah 21 April

21/02/2018
0

TEKA-TEKI mengenai tarikh pernikahan pelakon, Dynas Mokhtar akhirnya terjawab apabila beliau mengumumkan bakal bernikah dengan pengusaha ladang ayam, Shazrik Din...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd