Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

APMM Selamatkan 2 Beranak...

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang...

Penganut Hindu Perlu Mandi...

SEBUAH slaid pembentangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menyatakan bahawa penganut Hindu menganggap kotoran...

63 PATI Ditahan Ketika...

SHAH ALAM - Bayi perempuan berusia lapan bulan antara 63 pendatang asing tanpa...

SPR Telus Urus Persempadanan...

PUTRAJAYA – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang menolak semakan kehakiman...

Dynas Teruja Jadi Ketua Gengster Hong Kong

PELAKON Dynas Mokhtar, 35, teruja terhadap pencapaian terbaharu apabila diberi peluang melakonkan watak selaku ketua gangster selepas hampir 18 tahun beraksi di dalam industri.

“Buat pertama kalinya, saya diberi peluang melakonkan watak sebagai ketua gangster dalam drama bersiri KL Gangster: Underworld yang bakal disiarkan pada pertengahan tahun ini menerusi platform Iflix,” katanya.

Menurut Harian Metro, satu lagi cabaran buat dirinya apabila watak Madam Wong yang akan dilakonkan itu pula digambarkan sebagai karakter seorang wanita berbangsa Cina dan datang dari Hong Kong.

“Jadi, tentunya dalam menjayakan watak seperti itu, saya perlu bertutur beberapa ayat bahasa Kantonis. Mujur saya ada sedikit pengetahuan dalam bahasa itu dan sedikit sebanyak ia membantu saya,” katanya.

Selain itu, Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar berkata bahawa cabaran buatnya juga apabila perlu melakonkan beberapa babak aksi tanpa bantuan pelakon lagak ngeri profesional.


KL Gangster: Underworld arahan pengarah, Faizal Ishak turut dibintangi ramai bintang tempatan popular antaranya Beto Kusyairy, Ezzaty Abdullah dan Azhan Rani. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Video bawah sekadar hiasan…

Kategori