• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dekati Golongan Muda Jelas Fitnah Di Media Sosial

oleh AK-47
01/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Menangkis fitnah dan berita palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial merupakan antara cabaran Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata justeru, calon dan jentera perlu menggembleng tenaga berjumpa seramai mungkin pengundi bagi memberitahu cerita sebenar terutama kepada golongan muda.

“Perang dalam media sosial ini menggambarkan persepsi yang pelbagai mengenai kerajaan BN. Tugas kita ialah lebih baik jumpa pengundi seramai mungkin. Fahamkan mereka isu berkenaan, itu cabaran kita,” katanya selepas Program Jalinan Kasih di Bangunan UMNO Bahagian Muar di sini hari ini.

Kira-kira 1,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) serta penyandang kerusi Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim; calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani, Datuk Ashari Md Sarip dan DUN Sungai Balang, Zaiton Ismail hadir pada majlis itu.

Sementara itu, Hishammuddin turut melahirkan keyakinan terhadap jentera di Parlimen Muar yang sejak dahulu mendahulukan kepentingan parti dan bekerja secara muafakat.

Beliau berkata momentum itu akan berkekalan sehingga hari pengundian dan mandat akan tetap diberi kepada BN di Parlimen tersebut.

Katanya pengundi Muar juga perlu menolak calon ‘setahun jagung’ yang hanya mengeksploitasikan isu berbanding memberi fokus pada isu pengundi.

“Apa kita hendak takut sangat. Depan kita ini, bukan ‘singa merah’, ‘anak kucing merah’ sahaja pun. Kita ini semua ‘harimau biru’ (BN). Dia tak tahu isu di Muar, isu yang perlu dibela di sini. Budak setahun jagung nak ajar isu di Muar. Tidak boleh dibenarkan. Kita mesti tentang habis-habisan,” katanya disambut sorakan dan tepukan hadirin yang hadir.

Hishammuddin juga menegaskan calon-calon pembangkang hanya ghairah menjadikan Muar sebagai ‘test place’ (tempat ujian) untuk mencuba nasib setiap kali PRU berbanding meneliti isu-isu pengundi.

“Kita pun dah serik Muar ini hanya dijadikan ‘test place’ calon-calon luar untuk mencuba nasib. Jadi, kita mahu pengundi terus memberi mandat kepada calon BN kerana selepas PRU hanya mereka ini sahajalah yang tinggal di Muar untuk membela nasib rakyat di sini, manakala calon luar akan kembali ke tempat asal mereka,” katanya.

PRU14 pada 9 Mei ini menyaksikan Razali akan dicabar calon muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PKR-PPBM) dan Abdul Aziz Talib (PAS) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Muar. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRU14: 5 Fitnah Pakatan Harapan Dijawab

Next Post

399 Pekebun Kecil Risda Kedah Terima Dividen RTBB

Related Posts

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

Skor Rendah Indeks Integriti, Mindef Sedia Beri Kerjasama Penuh

17/11/2021
0

Kementerian Pertahanan (Mindef) sedia memberi kerjasama penuh kepada mana-mana pihak susulan penarafan rendah dicatatkan negara bagi indeks antarabangsa berkaitan rasuah...

Next Post

399 Pekebun Kecil Risda Kedah Terima Dividen RTBB

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd