• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Datuk’, Isteri Didakwa Terima Wang Tanpa Lesen

oleh Ahmad Albab
10/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima wang berjumlah RM46,200 daripada orang awam tanpa lesen sah dua tahun lepas.

Tertuduh, Datuk M. Pandeyan, 57, dan isteri Datin P. Gauvri, 56, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Unaizah Mohd.

Pasangan suami isteri itu didakwa bersama-sama menerima deposit daripada orang awam berjumlah RM46,200 tanpa lesen yang sah di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758), di sebuah bank di Bandar Baru Klang di sini, antara Julai hingga September 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 137(1) Akta tersebut dan boleh dihukum di bawah Seksyen 372 akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, pasangan tersebut boleh didenda sehingga RM50 juta atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya S. Nithtia yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada pasangan itu kerana kesalahan yang dilakukan mereka adalah berat.

Peguam kedua-dua tertuduh, D. Govin bagaimanapun memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang rendah terhadap kedua-dua anak guamnya itu memandangkan nilai kerugian mangsa tidak terlalu besar.

Malah, katanya, Pandeyan yang mempunyai perniagaan sendiri menghidap sakit jantung manakala Gauvri, seorang suri rumah pula didiagnos asma dan sinus.

Hakim Unaizah kemudian membenarkan pasangan suami isteri itu dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang dengan penjamin yang berbeza dan menetapkan 10 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Beliau turut mengarahkan mereka menyerahkan pasport masing-masing kepada mahkamah sehingga kes selesai. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: datukkes mahkamah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Ketiga Tertua Dunia Dibawa Melawat Ke Muzium

Next Post

Aiman Tak Kisah Ditampar, Peminat Pula Yang Over

Related Posts

Datuk Antara 18 Direman 6 Hari Bantu Siasatan Sogok Penguatkuasa Kes Lupus E-waste

Datuk Antara 18 Direman 6 Hari Bantu Siasatan Sogok Penguatkuasa Kes Lupus E-waste

25/02/2025
0

AYER KEROH: Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk bersama 17 individu lain direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan...

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Next Post

Aiman Tak Kisah Ditampar, Peminat Pula Yang Over

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd