• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Data 87 Juta Pengguna Facebook Bocor

oleh Ahmad Albab
05/04/2018
dalam Gajet, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAN FRANCISCO – Firma Facebook Inc, semalam berkata maklumat peribadi 87 juta pengguna, kebanyakannya di Amerika Syarikat, dikongsi secara tidak wajar oleh syarikat perunding politik, Cambridge Analytica, lebih banyak daripada anggaran media sebelum ini iaitu lebih 50 juta.

Ketua Eksekutifnya, Mark Zuckerberg, berkata dalam perbualan telefon dengan wartawan bahawa Facebook tidak melihat ‘sebarang impak bermakna’ kepada penggunaan atau penjualan iklan sejak skandal itu.

Bagaimanapun, beliau mengaku ‘adalah sesuatu yang tidak baik’ jika pengguna tidak gembira dengan syarikat itu.

Zuckerberg memberitahu wartawan, beliau bertanggungjawab di atas kebocoran data itu, yang menaikkan kemarahan pengguna, pengiklan dan ahli perundangan, tetapi turut berkata beliau masih tokoh yang layak menerajui syarikat yang diasaskannya itu.

“Apabila anda membina sesuatu seperti Facebook yang pertama di dunia, pasti ada sesuatu yang tidak kena akan berlaku,” katanya, menambah apa yang penting adalah belajar daripada kesilapan.

Katanya, tidak wujud sebarang perbincangan dalam lembaga Facebook mengenai pengunduran beliau, walaupun pengarah berhadapan cabaran jika mahu menyingkirkan Zuckerberg kerana pemegang saham yang mengawal pengurusan syarikat.

Zuckerberg berkata, beliau tidak memecat sesiapa berhubung skandal itu dan tidak bercadang berbuat demikian.

“Saya tidak mahu memecat sesiapa kerana kesilapan yang kami lakukan,” katanya.

Facebook, pertama kali mengaku bulan lalu bahawa maklumat peribadi jutaan pengguna diperoleh Cambridge Analytica secara salah.

Zuckerberg akan memberi keterangan mengenai perkara itu kepada Jawatankuasa Dewan Kuasa dan Perdagangan Amerika Syarikat minggu ini. – Reuters/BH ONLINE

Tags: facebookMARK ZUCKERBERG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3

FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak memuat naik ucapan syukur dan tahniah kepada rakyat Selangor susulan pembukaan laluan Transit...

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Ruangan komen akaun media sosial milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd