• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dana Wakaf Serendah RM5 Di P.Pinang

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Rakyat Pulau Pinang kini boleh mewakafkan wang tunai serendah RM5 dalam Skim Dana Wakaf demi kepentingan dan kebajikan umat Islam di negeri itu.

Pengerusi Syarikat Wakaf Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man berkata Skim Dana Wakaf itu mampu memudahkan umat Islam yang tidak berkemampuan untuk mewakafkan harta.

“Dengan skim begini, akan memudahkan golongan yang tidak mempunyai tanah atau harta untuk diwakafkan. Kami juga mengadakan skim potongan gaji bulanan kepada mereka yang ingin mewakafkan wang ringgit setiap bulan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Mohd Salleh berkata individu dan sesebuah syarikat yang masing-masing menderma tujuh dan 10 peratus daripada hasil pendapatan agregat setiap bulan, layak dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan.

Beliau berkata sumbangan dana wakaf yang terkumpul akan diguna untuk membeli harta kekal seperti bangunan dan tanah.

Pada masa ini Syarikat Wakaf Pulau Pinang bertanggungjawab mengendalikan 1,368 unit komersial, kediaman dan tapak-tapak yang diwakafkan orang ramai, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Salleh Man
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd