• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dana Asing Kembali Ke Malaysia Pada Mac

oleh AK-47
11/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pegangan asing sekuriti hutang Malaysia mencatatkan peningkatan kukuh melonjak kepada RM3.2 bilion pada Mac selepas penjualan pada Februari (-RM4.6 bilion), dalam keadaan peningkatan ringgit yang tidak berubah, kata Kenanga Research.

Bagaimanapun, bagi asas suku tahunan, sekuriti hutang Malaysia mencatatkan aliran masuk asing bersih yang rendah sebanyak RM3.1 bilion daripada paras tertinggi yang dilihat dalam suku sebelumnya (suku keempat 2017: +RM6.6 bilion), kata firma penyelidikan itu dalam satu nota hari ini.

Kenangan Research berkata jumlah bahagian pegangan asing dalam sekuriti hutang Malaysia melantun semula kepada 15.8 peratus pada bulan lepas (Februari: 15.7 peratus).

“Pelabur asing nampaknya memberikan keutamaan mereka kepada sekuriti berjangka pendek, kemungkinan mendapat rangsangan daripada jangkaan kenaikan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed) pada bulan-bulan akan datang dan risiko global yang berlarutan,” kata firma itu.

Menurut Kenanga Research, aliran masuk Mac disumbang oleh peningkatan besar aliran masuk sekuriti berjangka pendek sebanyak RM2.3 bilion (Februari: -RM1.0 bilion).

“Belian asing Bil Perbendaharaan Malaysia (MTB) meningkat kepada 67.9 peratus daripada jumlah semuanya kepada RM1.3 bilion berbanding pembelian sederhana pada Februari yang hanya RM33 juta (Februari: 55.6 peratus).

“Seiring dengan peningkatan belian asing Bil Bank Negara/Nota Monetari Bank Negara dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia, jumlah pegangan asing nota jangka pendek meningkat kepada 62.6 peratus daripada jumlah semuanya (Februari: +54.2 peratus),” kata firma penyelidikan itu.

Sekuriti jangka panjang kekal bertahan meskipun aliran menurun hasil disebabkan oleh kebimbangan terhadap pertikaian perdagangan global.

Penanda aras tempatan hasil bon 10 tahun turun sedikit kepada purata 3.95 peratus pada Mac daripada purata 3.96 peratus pada Februari.

“Bagaimanapun, jurang hasil antara hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan hasil Perbendaharaan AS 10 tahun kekal pada 120 mata asas (sehingga minggu berakhir 30 Mac, 2018), cukup untuk menarik pembelian asing bersih RM0.4 bilion daripada MGS pada Mac (Februari: -RM3.1 bilion),” kata firma penyelidikan itu.

Kenanga Research menjangkakan pergerakan hasil yang tidak berubah kerana para pelabur kebiasaannya tidak memasuki pasaran menjelang pilihan raya umum.

“Meskipun ancaman perang perdagangan dan risiko inflasi yang berlarutan, peningkatan stabil rizab asing dalam keadaan suasana global yang tidak menentu menunjukkan keyakinan berterusan pelabur terhadap aset kewangan Malaysia.

“Sementara itu, memandangkan risiko global yang berlarutan, kami menjangkakan aliran masuk portfolio asing akan menumpukan kepada dana jangka pendek,” kata firma itu.

Berdasarkan kepada penilaiannya terhadap asas kukuh ekonomi Malaysia, Kenangan Research menjangka kekuatan ringgit akan terus disokong sepanjang tahun ini, berlegar antara paras 3.80 dan 4.00 berbanding dolar AS dalam jangka pendek sebelum mengakhiri tahun ini pada paras lebih stabil pada 3.90. – BERNAMA

Tags: Mata Wang Asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rayuan Mahathir Kembalikan Saman Batal RCI Forex Ditolak

29/08/2019
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menolak rayuan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad untuk mengembalikan semula saman beliau yang memohon perisytiharan untuk...

Prosiding Suruhanjaya Siasatan BNM 21 Ogos

20/08/2017
0

PUTRAJAYA - Prosiding Suruhanjaya Siasatan untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing oleh Bank Negara Malaysia Sekitar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd