• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuti Thaipusam Kekal Sebagai Cuti Peristiwa

oleh Ahmad Albab
21/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Cuti Thaipusam di Kedah akan dikekalkan sebagai cuti peristiwa setiap tahun sekiranya Barisan Nasonal (BN) terus mentadbir kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam majlis pelancaran Manifesto BN Kedah bertemakan ‘Menerus Kemajuan, Menzahir Impian’ untuk PRU14 di Stadium Sultan Abdul Halim di sini, malam ini.

Kerajaan negeri sebelum ini tidak dapat menjadikan perayaan Thaipusam sebagai cuti umum kerana telah memenuhi kuota empat cuti perayaan yang telah ditetapkan, namun sejak 2014 hari tersebut telah diumumkan sebagai cuti peristiwa.

Selain itu, katanya, BN turut akan menawarkan kuota khas Tuisyen Barakah Kedah sebanyak 150 tempat setiap tahun untuk pelajar Cina, India, dan Siam yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan.

“Dana khas bagi menyambut perayaan agama melibatkan ketiga-tiga kaum berkenaan turut akan diberikan selain mewujudkan kelas mempelajari Bahasa Mandarin, Tamil dan Siam bagi menggalakkan proses silang budaya, dan penguasaan bahasa kedua dan ketiga ke arah mengukuhkan lagi kefahaman interaksi antara kaum,” katanya.

Dalam usaha menegakkan syiar dan syariat Islam, BN juga berjanji meneruskan pengajian maahad tahfiz yang bermodelkan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman di Kulim dengan menubuhkan satu lagi cawangannya di Kubang Pasu.

“Kita juga akan menawarkan Biaiswa Diraja bagi 50 pelajar Kedah menyambung pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di universiti terkemuka di Timur Tengah melibatkan bidang agama, dengan pembiayaan sebanyak RM10 juta.

“Pusat Latihan Imam Kebangsaan dengan kos RM120 juta juga akan dibina di daerah Yan bagi melatih imam berpotensi dari seluruh negara selain akan meluaskan Pusat Tusiyen Barakah Kedah dengan kos RM5 juta di kesemua 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN,” katanya.

Bagi golongan anak muda yang meliputi 42 peratus rakyat Kedah, Ahmad Bashah berkata BN akan membina stadium bola sepak baharu bernilai RM200 juta, menubuhkan sidang DUN Belia Kedah serta kuota 30 peratus lesen, permit dan ruang niaga di premis milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Selain itu, BN Kedah turut berhasrat menyediakan perkhidmatan bas elektrik di bandar-bandar utama melibatkan peruntukan berjumlah RM10 juta demi kemudahan pengangkutan untuk masyarakat, katanya. – BERNAMA

Tags: Manifesto BNThaipusam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BN Kedah Lancar Manifesto Fokus 7 Kluster Utama

Next Post

Imam Palestin Mati Ditembak Ketika Berjalan Ke Surau

Related Posts

Pengasuh Didenda RM10,000 Tampar, Ketuk Dahi Bayi 11 Bulan

MBPP Tarik Balik Notis Larangan Jual Arak Sempena Thaipusam

24/01/2024
0

GEORGETOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diarahkan menarik balik larangan penjualan minuman beralkohol selama tiga hari sempena perayaan Thaipusam. IKUTI...

Thaipusam: Geng Kongsi Gelap Peras Ugut Peniaga

Thaipusam: Geng Kongsi Gelap Peras Ugut Peniaga

05/02/2023
0

GEORGETOWN - Dua lelaki dipercayai geng kongsi gelap ditahan selepas memeras ugut seorang peniaga di tapak gerai perayaan Thaipusam di...

Next Post

Imam Palestin Mati Ditembak Ketika Berjalan Ke Surau

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd