• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cikgu Belikan Kasut Untuk Pelajar Hingga Kedai Tutup

oleh
19/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG guru sekolah di Gombak, Selangor sanggup beli sebanyak 55 pasang kasut sekolah baru buat murid-muridnya yang kurang bernasib baik sehingga kedai dikunjungi itu ditutup.

Mohd. Fadli Salleh membuat keputusan tersebut setelah membuat pemeriksaan di sekolah tempatnya mengajar pada Selasa lalu dengan mendapati seramai 47 orang murid memakai kasut yang sudah lama rosak teruk.

Setiap kasut pelajar yang rosak itu kemudian telah diambil dan dilukis semula di atas helaian kertas bagi mendapatkan saiz dengan lebih tepat.

Melalui akaun sosial Facebook miliknya, segala perbelanjaan bagi pembelian kesemua kasut tersebut telah dibantu melalui sumbangan “Dana Kita” yang dikirimkan oleh rakan-rakannya sendiri.

Sebuah kedai kasut BATA dipilih untuk menjadi sasaran pembelian semua kasut tersebut malah terpaksa ditutup kerana kehabisan stok dan perlu diselenggara semula.

“Sampai tutup kedai BATA dekat pasar raya Ong Tai Kim lepas aku masuk nak beli 55 pasang kasut untuk murid miskin, anak yatim dan murid yang kasut koyak.

Berpeluh pekerja berdua tu cari saiz dalam stor. Kena ambil 3 jenis berlainan sebab tak cukup stok jika ambil sejenis sahaja,” kata Mohd. Fadli menerusi laman Facebook miliknya semalam.

Kasut-kasut yang dibeli itu dihadiahkan kepada murid-murid miskin dan anak yatim. Usaha yang dipamerkan oleh Mohd. Fadli mendapat pujian dan ucapan terima kasih oleh rata-rata nitizen di Facebook.

Tindakan guru itu boleh dianggap sebagai ikutan buat pendidik di Malaysia. Selain mengajar murid, guru ibarat ibu bapa yang perlu mengambil berat dan kebajikan para pelajarnya. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: cikgukasutmurid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd