• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chegubard Didakwa Terbitkan Artikel Hasutan

oleh Ahmad Albab
14/04/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyiarkan penerbitan artikel yang hasut berkaitan institusi diraja Selangor.

Badrul Hisham atau Chegubard, 40, yang juga bekas Ketua PKR cabang Rembau, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan yang dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Rihaida Rafie.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menerbitkan tujuh perkara menghasut itu menerusi akaun laman sosial Facebook miliknya atas nama Chegubard di Jalan Kuarza 7/9, Seksyen 7, di sini kira-kira pukul 5 petang, 11 Januari. lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama iaitu denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Jika kesalahan sama dilakukan, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih lima tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad yang mengendali kes itu memohon mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah selain tiada sebarang dokumen perjalanan dikeluarkan kepada Badrul Hisham sehingga kes selesai.

Katanya ini kerana tertuduh sepatutnya didakwa semalam namun Badrul Hisham tidak dapat dikesan sehingga tengah malam tadi menyebabkan ia terpaksa ditangguh ke hari ini dan sikap tertuduh dilihat seperti cuba mengelak untuk dibawa ke mahkamah.

Peguam tertuduh, Muhammad Nor Izzat Nordin berkata anak guamnya bersedia menyerahkan pasport antarabangsa miliknya kepada mahkamah dan memohon jaminan dikurangkan antara RM3,000 hingga RM5,000.

Hakim Rihaida kemudian menetapkan jaminan RM6,000 dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan kes akan disebut semula pada 16 Mei ini. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Chegubardkes mahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwa Rasuah: Chegubard Direman Dua Hari

Dakwa Rasuah: Chegubard Direman Dua Hari

29/07/2024
0

Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini membenarkan Badrul Hisham Shaharin diremah selama dua hari bagi membantu siasatan polis terhadap dakwaan rasuah...

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd