• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cedera Ditoreh Pengedar Dadah Dengan Kerambit

oleh Ahmad Albab
19/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAMA – Seorang anggota polis terpaksa menerima empat jahitan di jari kanannya selepas ditoreh dengan kerambit oleh seorang suspek pengedar dadah di tepi jalan Parit Dalam, Sungai Bayor, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang, anggota polis berpangkat Koperal itu cedera ketika bergelut dengan suspek sebelum berjaya memberkasnya.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Mohd Sabri Saad, berkata terdahulu suspek melarikan diri ke dalam hutan paya berhampiran jalan itu apabila cuba ditahan sepasukan polis dalam Ops Tapis Khas.

“Suspek diminta menyerah diri tetapi enggan memberi kerjasama, sebaliknya berteriak mengeluarkan kata ugutan mahu menikam anggota polis yang mendekati.

“Anggota polis bertindak mendekati suspek sehingga berlaku pergelutan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Sabri berkata, selepas suspek berjaya ditangkap dan ditenangkan, anggota polis membuat pemeriksaan terhadap satu beg silang berwarna coklat padanya dan menemui dua peket plastik disyaki mengandungi dadah jenis heroin seberat 23 gram (g) serta syabu seberat 0.5g.

Beliau berkata, polis turut merampas senjata jenis kerambit dimiliki suspek dan kereta Honda Accord warna hitam yang dinaikinya.

“Pemeriksaan fizikal ke atas suspek mendapati badan dan mukanya bercalar serta bengkak akibat pergelutan itu, manakala anggota yang cedera dihantar ke Hospital Selama serta menerima rawatan pesakit luar,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan anggota polis berkenaan. – Berita Harian

Tags: Penagih Dadahtoreh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jumlah Penagih Dadah Di Kuala Lumpur Berkurang Hampir 14 Peratus

Jumlah Penagih Dadah Di Kuala Lumpur Berkurang Hampir 14 Peratus

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,800 individu dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah di sekitar ibu negara bagi tempoh tiga bulan pertama tahun...

Warga Emas Disyaki Tembak Penagih Dadah Cuba Curi Kelapa Sawit Ditahan

Warga Emas Disyaki Tembak Penagih Dadah Cuba Curi Kelapa Sawit Ditahan

06/10/2024
0

Selama : Warga emas ditahan polis bagi membantu siasatan selepas dipercayai melepaskan tembakan ke atas seorang penagih dadah yang mencuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd