Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Artis Kelahiran Felda Jayakan...

SAMBUTAN Ekspresi Felda Negaraku Malaysia sempena Hari Peneroka 2017 di Presint 3, Putrajaya...

Zambry Tidak Bertanding Naib...

SAH... Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir mengesahkan...

Tasha Shilla Dedah Makin...

Bagi yang mengikuti perkembangan Tasha Shilla menerusi laman Instagram, mesti perasan akan perubahan drastik...

Video: ‘Gadis Kebaya Merah’...

SESIAPA sahaja yang pernah melalui pengalaman menyeramkan 'bertembung' dengan makhluk halus pasti takkan...

Calon Wanita BN Selangor Azam Jaga Kebajikan Rakyat

SHAH ALAM – Rata-rata calon wanita Barisan Nasional (BN) Selangor yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), berazam untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi bagi menjaga kebajikan rakyat di kawasan masing-masing sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat.

Datuk Halimaton Saadiah Bohan, yang bakal mempertahankan kerusi DUN Kota Damansara berkata, antara agenda yang menjadi tumpuannya dalam tempoh lima tahun akan datang ialah memenuhi hasrat golongan wanita untuk memiliki kediaman sendiri.

“Ramai golongan belia wanita yang menetap di Kota Damansara dan kawasan sekitarnya masih belum memiliki rumah disebabkan harga rumah di kawasan itu agak tinggi.

“Jadi inilah tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat untuk memenuhi hasrat pengundi dalam membantu mereka memiliki rumah sendiri,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis pengumuman calon BN Selangor di sini, hari ini.

Halimaton berkata sebagai langkah pertama beliau akan memohon kepada Kerajaan Persekutuan supaya diwujudkan lebih banyak rumah mampu milik di kawasan berkenaan.

​​​​​​​​​​​​​​Katanya, projek pembangunan rumah mampu milik itu perlu diperluaskan bagi menampung permintaan golongan muda daripada kumpulan pertengahan terutamanya mereka yang telah berkahwin.

Bagi calon DUN Banting daripada MCA, Ng Siok Hwa berkata tumpuannya pula adalah dalam aspek menaik taraf infrastuktur dan kemudahan awam termasuk dewan orang serta pasar basah di kawasan itu.

“Sebelum ini saya telah dapat banyak aduan berkaitan kerosakan beberapa dewan orang ramai dan pasar basah di Jenjarum. Saya mahu dewan dan pasar ini dibaiki dan dinaik taraf bagi memudahkan masyarakat menjalankan aktiviti berkaitan dengan lebih selesa,” katanya.

Tambah Ng, walaupun kawasan DUN itu majoritinya berbangsa Melayu, namun beliau tidak akan menjadikan itu satu halangan buat dirinya untuk terus menggalas amanah sebagai wakil rakyat jika diberi peluang.

“Saya akan bantu semua lapisan masyarakat tidak kira daripada bangsa mana sekiranya diberi peluang…inilah sebenarnya kekuatan calon MCA dan BN yang kita boleh lihat iaitu boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja,” katanya.
​​​​​​​
​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Calon DUN Kota Anggerik, Jumaeyah Masdi pula menekankan agenda pemerkasaan wanita sebagai tunjang dalam membela nasib golongan itu.


Ketua Wanita UMNO Bahagian Shah Alam itu berkata ia termasuk memberi perhatian kepada golongan ibu tunggal dengan membantu menyediakan bantuan modal dan kewangan kepada mereka yang mahu memulakan perniagaan.

“Saya berjanji akan berusaha membantu menyediakan premis perniagaan kepada ibu tunggal ini sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat, supaya mereka boleh terus berdikari dan mencari pendapatan untuk menampung kehidupan mereka dan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, calon MIC Parlimen Kapar, Datuk M. Mohana berkata beliau sudahpun membuka pusat khidmat yang beroperasi 24 jam di kawasan ditandingi untuk memberi khidmat kepada pengundinya yang majoriti adalah orang Melayu.

Ketua Wanita MIC Kebangsaan itu yang julung kali bertanding berkata, pengundi di Parlimen Kapar kini memerlukan calon berwibawa yang dapat membawa perubahan di kawasan itu.

“Parlimen Kapar terdiri daripada 129,500 pengundi di mana 17,000 adalah pengundi India. Penduduk di Kapar telah kehilangan perhatian dan sentuhan daripada wakil rakyat dan mereka memerlukan seseorang yang boleh berkhidmat kepada mereka dengan lebih baik,” katanya.

Ditanya mengenai pertandingan sengit di Kapar yang bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan PKR, Parti Rakyat Malaysia dan PAS, Mohana berkata beliau mahu lihat lebih ramai calon bertanding di kawasan itu. – BERNAMA

Kategori