• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon UMNO Selangor Perlu Tandatangan Aku Janji

oleh Ahmad Albab
24/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Calon UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN) Selangor bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) perlu menandatangani aku janji untuk tidak bertanding pada pemilihan UMNO akan datang bagi membolehkan mereka memberikan fokus kepada kawasan masing-masing.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata langkah itu akan dapat meyakinkan pengundi bahawa calon yang bakal diberi mandat wakil rakyat itu dipilih khusus untuk berkhidmat hanya untuk rakyat.

Noh yang juga Pengerusi BN Selangor berkata mereka yang tercalon akan menandatangani aku janji berkenaan pada majlis pengumuman calon BN Selangor esok.

“Siapa menang (PRU14) tak bertanding sesama wakil rakyat dalam pemilihan UMNO akan datang sebab kita nak buktikan kita bekerja untuk rakyat. Yang penting, sebagai wakil rakyat, kita bekerja untuk rakyat dan bekerja sebagai pasukan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas sesi perjumpaan dengan anggota Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Selangor, di sini hari ini.

Mengenai pengumuman calon esok, Noh berkata senarai calon kali ini akan menampilkan banyak muka baharu selain kira-kira enam wakil wanita.

“Semua layak jadi calon namun hanya seorang yang akan dipilih, walaupun calon bukanlah ‘sempurna’ tetapi mereka adalah yang ‘boleh menang dan disukai’,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Noh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jamal Yunos Nafi Marah Noh Omar Dalam Media Sosial

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bagi memburuk-burukkan Tan...

Speaker Berat Sebelah Benarkan Tuduhan ‘Rompak’

10/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mendakwa speaker bersikap berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd