• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon PKR, Muslimin Bukan Setiausaha Politik Zahid

oleh Ahmad Albab
29/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa calon Pakatan Harapan di kawasan Parlimen Sungai Besar, Muslimin Yahaya ialah setiausaha politiknya.

Ahmad Zahid yang merupakan timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN) menjelaskan individu berkenaan hanyalah merupakan pegawai khas kepada salah seorang daripada setiausaha politiknya.

Bercakap pada sidang media selepas melawat sekitar Waterfront Bagan Datuk, di sini, hari ini, katanya Muslimin pernah menyuarakan hajatnya untuk bertanding di kawasan Parlimen Sungai Besar dan tidak menjangka beliau sanggup mengambil keputusan untuk menyertai PKR.

“Saya berharap pendirian beliau itu adalah pendirian individu dan tidak dikaitkan dengan setiausaha politik saya dan saya mengucapkan selamat berjaya kepadanya,” kata Ahmad Zahid.

Muslimin ialah bekas setiausaha sulit kanan Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon semasa allahyarham menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta merupakan Anggota Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Sungai Besar. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kita Lawan… Lawan Sampai Menang – Pesan Zahid Hamidi

Kita Lawan… Lawan Sampai Menang – Pesan Zahid Hamidi

18/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh ahli dan penyokong parti supaya...

Masa Terbaik UMNO Keluar Dari Kerajaan Madani

Masa Terbaik UMNO Keluar Dari Kerajaan Madani

13/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 disifatkan sebagai masa terbaik untuk UMNO mempertimbangkan kedudukannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd