• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Muslim Tidak Harus Jadi PM Malaysia – Mufti WP

oleh
12/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGAS… Jawatan tertinggi kepimpinan negara terutama Perdana Menteri hanya harus dipegang oleh Muslim sahaja, demikian jelas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau selanjutnya menambah dalam konteks Malaysia selain Perdana Menteri, hanya orang Islam yang dibenarkan untuk memegang jawatan penting terutama berkaitan portfolio hal ehwal Islam dan urusan pertahanan negara.

Bagaimanapun jelas Zulkifli lagi, hukum asal untuk masyarakat Islam mengundi calon bukan Muslim dalam proses pilihan raya secara demokrasi dan melantik mereka sebagai pemimpin kerajaan sebenarnya adalah harus.

Namun ujarnya, hukum mubah itu dikecualikan apabila terdapat sifat mendatang seperti memberi ancaman kepada kemuliaan syiar Islam, tiada sifat amanah dan tidak ada kepakaran dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

“Kesemua faktor ini haruslah diambil kira dalam membuat keputusan sebelum mengundi dan memilih, selain memastikan jawatan tertinggi negara seperti Perdana Menteri, portfolio hal ehwal Islam dan pertahanan negara.

“Ia adalah kekal disandang orang Muslim yang berkelayakan sahaja,” tegas Zulkifli dalam catatan terkini menerusi laman sosial Facebook Mufti Wilayah Persekutuan dan mungkin merujuk isu pilihan raya umum (PRU) ketika ini.

Dalam pada itu katanya, hasil penelitian juga mendapati, tiada dalil qath’ie (muktamad) yang melarang untuk orang Islam mengundi calon bukan Muslim dalam PRU di Malaysia dan kemudian melantik mereka sebagai pemimpin.

“Ayat-ayat al-Quran yang selalu dijadikan hujah untuk haramkan pemilihan bukan Muslim sebagai wakil rakyat, apabila diteliti sebenarnya merujuk kepada orang kafir yang jelas terbuka memusuhi Islam dan penganutnya.

“Adapun bagi golongan bukan Muslim tidak bermusuh dengan Islam dan patuh kepada Perlembagaan Negara yang meletakkan martabat Islam sebagai agama Persekutuan, maka larangan tersebut adalah tidak terpakai,” katanya.

Dalam pada itu kata Zulkifli, hal berkenaan juga termasuk di bawah topik siyasah syar’iyyah bagi pemerintah untuk membenarkan pencalonan atas dasar maslahat kepentingan kumpulan minoriti bukan Islam di negara Islam.

“Tanpa menafikan bahawa pandangan majoriti ulama silam bertegas mengharamkan pelantikan individu non-Muslim sebagai pemimpin dan hukum keharusan itu hanya diberikan apabila terdapatnya keadaan darurat.

“Ini dapat difahami memandangkan konteks hubungan antara Muslim dan non-Muslim pada waktu tersebut adalah berbeza dengan suasana sekarang,” tambah beliau lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Dr. Zulkifli Al-BakriMufti Wilayah Persekutuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sarawak Bangunkan Taman Perindustrian Bio

Next Post

Seni Arca Bola Sepak Piala Dunia Jadi Tarikan

Related Posts

Hukum Renjis Air Ruqyah Pada Kenderaan Diharuskan Syarak – Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum Renjis Air Ruqyah Pada Kenderaan Diharuskan Syarak – Mufti Wilayah Persekutuan

01/05/2024
0

Kuala Lumpur : Hukum merenjis atau membilas kenderaan dengan air dibaca ruqyah mengandungi ayat al-Quran dan zikir adalah dibenarkan dan...

Isu Kafir: Menteri Agama Nasihat Ikut Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Kafir: Menteri Agama Nasihat Ikut Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan

02/04/2024
0

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar meminta semua pihak tidak...

Next Post

Seni Arca Bola Sepak Piala Dunia Jadi Tarikan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd