Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Badrul Hisyam Perlu Terus...

JASIN - Seorang guru yang bertanggungjawab memperkenalkan pelari pecut muda negara Badrul Hisyam...

Hotel Seri Pacific Agih...

BERSEMPENA bulan Ramadan yang mulia, Hotel Seri Pacific mengambil kesempatan untuk meneruskan program...

Najib Sindir Mazlan Isu...

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis menyindir Pengerusi Lembaga...

Polis Rampas Lebih 1,200...

ALOR SETAR - Polis menahan seorang lelaki dan merampas lebih 1,200 bungkusan daun...

Bukan Luar Biasa Calon BN Tanding Serentak 2 Kerusi

UNIK… Sebenarnya bukan sesuatu luar biasa apabila Barisan Nasional (BN) meletakkan calon yang sama untuk bertanding serentak di kerusi Parlimen dan di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Malah pihak pembangkang juga ada berbuat demikian sejak sekian lama di Pulau Pinang, Perak dan Selangor kerana ia bukan pun amalan salah, kata penyandang kerusi Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad.

Jelas beliau, segala keputusan parti untuk meletakkan calon yang sama turut berdasarkan kepada faktor risiko tidak ada calon sesuai boleh menang di kerusi tersebut. Ia juga mengambil kira kebolehan calon untuk menang.

“Jangan ada sangkaan atau andaian (kenapa letak calon sama), sebenarnya kita (BN) pun nak menang. Itu yang lebih penting,” katanya kepada portal tempatan BNBBC.my pada Sabtu.

Shahrir mengulas langkah BN yang julung kali meletakkan beberapa calon untuk bertanding di kerusi Parlimen dan DUN tertentu pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.

Antaranya ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin bertanding Parlimen Pasir Gudang dan DUN Permas. Di Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir di Parlimen Lumut dan DUN Pangkor.


Manakala di Pahang, Datuk Seri Sharkar Shamsuddin di Parlimen Temerloh dan DUN Lancang selain  Datuk Seri Mustapa Mohamed di Kelantan bertanding di Parlimen Jeli dan DUN Air Lanas.

Menurut Shahrir, apa juga keputusan oleh pemimpin atasan tentu bermatlamat bagi BN mencapai kemenangan sebagai mana pembangkang sendiri yang juga tidak mahu tewas di kerusi tertentu.

Katanya, Setiusaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga bertanding dua kerusi, begitu juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang bertanding di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa. – Agensi/HAA

Kategori