• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Baru Nak ‘Up’ Bertanding Gabenor

oleh
16/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMUR pada zaman remaja kebiasaanya dalam proses mengenal potensi diri dan suka berhibur dengan aktiviti-aktiviti yang tersendiri, namun tidak bagi seorang budak lelaki berusia 13 yang bertanding dalam pilihan raya dengan hasrat mahu menjadi gabenor.

Impian yang menggunung itu adalah hasrat seorang remaja, Ethan Sonneborn dari Vermont, Amerika Syarikat merupakan pelajar sekolah gred lapan yang akan berkempen pada pemilihan gabenor yang akan diadakan pada Ogos ini.

Menurut akhbar tempatan, Ethan mengambil keputusan untuk bertanding memandangkan tidak ada peraturan yang mengehadkan umur bagi calon yang mahu bertanding jawatan gabenor di Vermont.

Baginya umur bukan menjadi keutamaan dan penghalang bagi calon bertanding sebaliknya adalah kewibawaan dan apa yang ingin diperjuangan oleh calon yang bertanding dalam pilihan raya.

“Apa yang penting, perspektif saya yang perlu menjadi keutamaan,” katanya.

Ethan bakal berkempen dengan mengetengahkan isu mengenai kawalan senjata dan akan berusaha untuk menggubal undang-undang mengenai perkara itu sekiranya menang.

Tidak dinafikan aktiviti memburu dengan menggunakan senjata yang menjadi amalan masyarakat di wilayah New England termasuk Vermont sudah dianggap seperti budaya di wilayah itu.

Namun Ethan bertegas untuk memperjuangkan penggubalan undang-undang kawalan senjata di negeri itu selepas melihat semakin ramai pelajar sekolah terlibat dengan kes membawa senjata dan berlaku kejadian tembakan di sekolah.

“Selalu terjadi kelompok politik yang menyatakan mereka tidak membincangkan isu ini di dalam politik. Itu yang saya mahu ubah.

“Saya harap tidak perlu berlaku lagi tragedi dan saya mahu perkara ini dibawa ke peringkat kebangsaan. Ini merupakan satu peluang untuk saya membuat perubahan,” katanya.

Ethan dijangka akan berhadapan dengan dua lagi calon untuk jawatan itu. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: bertandinggabenorremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Johor Nafi Bertanding Solo PRN

PKR Johor Nafi Bertanding Solo PRN

18/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa menafikan parti itu akan bertanding secara...

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd