• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buang Ketumbuhan Kelenjar, Nassier Wahab Makin Sihat

oleh
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYUKUR alhamdulillah… Penyanyi Datuk Nassier Wahab selamat menjalani pembedahan bagi buang kelenjar pada lehernya, di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam, Selangor pagi tadi.

Menurut pembantu peribadinya, Aliff Shalim, kelenjar sebesar bola ping pong di bahagian lehernya itu berpunca daripada gangguan saraf yang dihidapinya selepas mencabut gigi pada awal tahun ini.

“Pembedahan kecil ini memang perlu dilakukan segera kerana ia semakin membesar. Walaupun tak sakit, beliau rasa kurang selesa dan risau jika penyakit lain pula datang andai ia ditangguhkan.

“Malah, sehari sebelum masuk ke hospital untuk buat persediaan pembedahan, bengkak kelenjar itu katanya mula berdenyut-denyut. Alhamdulillah, semua sudah selesai,” katanya dipetik portal BH Online.

Bagaimanapun, menurut doktor, penyanyi lagu Memori Cinta Luka itu perlu berehat dalam beberapa hari sebelum mula bekerja semula.

Pihak mereka turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat yang telah mendoakan urusan pembedahan itu.

Pada 20 April ini, Nassier bakal mengadakan persembahan pertamanya di Ipoh, Perak selepas dibenarkan untuk keluar dari wad pada hari ini.

“Datuk seorang yang kuat semangat dan komited pada janji. Ikutkan, beliau pastikan tiada tugasan yang dibatal atau ditunda sebelum beliau menjalani pembedahan ini.

“Apa pun, sebelum meneruskan persembahan di Perak, beliau sudah mendapatkan kebenaran doktor dulu,” tambahnya,

Penyanyi yang sentiasa awet muda itu turut melahirkan rasa kesyukurannya selepas semua urusan di hospital dipermudahkan dan doa para peminat turut membantu beliau untuk terus kuat.

https://www.instagram.com/p/BhfVo7IlSXm/?taken-by=nassierwahab

“Syukur, alhamdulillah pembedahan berjalan lancar di bawah pengawasan doktor pakar. Tinggal untuk berehat saja dan kembali aktif untuk meneruskan kehidupan.

“Terima kasih juga di atas doa anda sekalian,” tulisnya dalam ruangan caption gambar yang dimuat naik pada pagi tadi menerusi akaun Instagram miliknya.

Tidak lama lagi, Nassier bakal melancarkan album baharunya yang berjudul Dunia Cinta. – MYNEWSHUB.CC/ AH

Tags: DATUK NASSIER WAHABNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd