• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Tempatan Guna Nelayan Asing Ditahan Di Sedili

oleh Ahmad Albab
12/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kegiatan licik nelayan asing menangkap ikan secara haram menggunakan bot tempatan di perairan timur laut Tanjung Sedili, Kota Tinggi, dekat sini terbongkar apabila diperiksa pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), petang semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Daerah Tanjung Sedili Komander Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata pemeriksaan dilakukan pada 2 petang ketika anggotanya membuat rondaan sempena Ops Perkasa Selatan di kedudukan kira-kira 22.45 batu nautika perairan itu.

“Terdapat 20 kru warga Vietnam yang berusia 18 hingga 51 tahun berada di bot berkenaan. Ketika diperiksa, kesemuanya tidak memiliki permit pekerjaan,”kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bot nelayan yang menggunakan nombor PAF 4555 juga didapati tidak mempunyai sebarang lesen dan dokumen bot.

“Selain itu, ia membawa muatan lebih kurang tiga tan ikan. Justeru, kesemua kru bot telah ditahan dan dibawa ke pejabat Maritim Malaysia Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut,” kata beliau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dan Seksyen 10 (1)(c) akta sama kerana tiada kebenaran daripada ketua pengarah perikanan untuk mengupah warga asing. – BERNAMA

Tags: APMMBot Nelayan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd