• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Tetap Pilihan Terbaik Untuk Masyarakat India

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) tetap menjadi pilihan terbaik bagi masyarakat India untuk mereka membina masa depan yang lebih baik dan cerah untuk anak mereka, kata naib presiden Gerakan Datuk A. Kohilan Pillay.

Beliau berkata pengundi masyarakat India harus mengambil kira rekod prestasi BN apabila pada pilihan raya umum yang lepas, 99.4 peratus daripada manifestonya telah ditunaikan sementara pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerajaan berjanji untuk meneruskan usaha murni itu demi kebaikan komuniti tersebut.

“Sehingga hari ini, mungkin tiada seorangpun pemimpin dari kaum India yang menduduki kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH), jadi, bagaimana PH akan memperjuangkan nasib masyarakat India,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata banyak masalah yang dihadapi oleh masyarakat India tidak diberi perhatian semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun dan keadaan hanya mula bertambah baik apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih.

Katanya, Najib menjadikan usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat India sebagai keutamaan dan telah melaksanakan banyak strategi yang memberi manfaat kepada kaum India termasuk Pelan Pembangunan Masyarakat India, Sekretariat Khas Untuk Memperkasakan Usahawan India (SEED), dan Pembangunan Sosio Ekonomi Masyarakat India (SEDIC).

Beliau berkata kempen MyDaftar telah mencapai kejayaan kerana memberi kewarganegaraan kepada ramai masyarakat India yang tidak memiliki kewarganegaraan dan program itu masih diteruskan sambil menambah lebih banyak isu kewarganegaraan dapat diselesaikan di bawah pentadbiran Najib.

“Kepimpinan sekarang ialah yang benar-benar prihatin dan berkhidmat untuk rakyat,” kata beliau. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Johor serta beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur tutup esok, Isnin (12 Oktober...

Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri

Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan kerajaan bahawa kejayaan Belanjawan 2027 tidak seharusnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd