• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Siap Sedia Ambil Alih Kerusi Parlimen Sandakan

oleh Ahmad Albab
17/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Barisan Nasional (BN) yakin dapat mengambil alih kerusi Parlimen Sandakan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini berdasarkan rekod pelaksanaan pelbagai program turun padang dan bersama masyarakat tempatan selama ini.

Setiausaha BN Sandakan yang juga Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Lim Ming Hoo berkata sejak PRU Ke-13 selesai, BN Sandakan telah memberikan tumpuan dan komitmen untuk menguasai kerusi Parlimen Sandakan yang merupakan satu-satunya kawasan Parlimen yang diperuntukkan kepada LDP di negeri ini.

Menurutnya, tekad LDP untuk mengambil alih kerusi Parlimen Sandakan itu turut dilakukan dengan memperkukuh kepimpinan parti di Sandakan melalui pelantikan Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin sebagai Pengerusi Penyelaras BN Sandakan pada 2015.

Beliau berkata bagi memantapkan jentera BN Sandakan pada PRU14, Anggota Jawatankuasa Gerakan Pusat, Datuk Au Kam dilantik untuk mengetuai jentera itu berdasarkan pengalaman dan pengaruh beliau khususnya sebagai bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Elopura.

“Kini sudah sampai masanya untuk meneruskan perjuangan merampas semula Parlimen Sandakan daripada pembangkang,” katanya kepada Bernama di sini.

LDP merupakan antara tujuh parti komponen BN Sandakan dengan enam lagi adalah UMNO, Parti Gerakan, Parti Bersatu Sabah, MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah dan MIC.

Lim berkata komponen parti BN Sandakan bekerjasama rapat dan bersatu untuk usaha itu termasuk memberikan sokongan kepada siapa sahaja calon yang akan diketengahkan pada PRU14 dengan tumpuan diberikan bagi memastikan kemenangan BN.

“Nama-nama calon yang sesuai telah diserahkan kepada pucuk pimpinan LDP dan BN. Siapa sahaja yang dicalonkan kita hormat dan menyokong penuh.

“Semua komponen BN Sandakan sudah sepakat untuk menghormati keputusan pucuk pimpinan kerana yang penting adalah untuk merampas semula kerusi Parlimen Sandakan daripada pembangkang,” katanya.

Mengenai keyakinan BN untuk menang di kawasan itu, beliau berkata ia dapat direalisasikan berdasarkan maklum balas yang semakin meningkat diterima daripada pengundi Tionghua dan Bumiputera.

Mereka juga memberikan maklum balas kecewa dengan DAP yang gagal membela mereka dan melaksanakan pembangunan seperti yang dijanjikan ketika PRU13, katanya.

Lim berkata terdapat 39,833 pengundi di kawasan Parlimen Sandakan dengan 52 peratus adalah kaum Tionghua dan 48 peratus Bumiputera.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Sandakan, Tan Sri Ampong Puyon berkata parti itu memberikan keutamaan dalam menjalin kerjasama rapat dengan parti lain dalam komponen BN Sandakan dalam usaha menawan semula kerusi Parlimen Sandakan daripada DAP.

Pada PRU13, kerusi Parlimen Sandakan dimenangi DAP yang diwakili Pengerusi DAP Sabah, Wong Tien Fatt dengan undi 14,226 dan mengalahkan calon BN, Datuk Liew Vui Keong yang memperoleh undi 13,138. – BERNAMA

Tags: BNSandakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd