• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Sabah Beri Komitmen Pelihara Hak Dalam MA63

oleh AK-47
26/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Memelihara hak dan kepentingan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah antara 20 komitmen dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Sabah bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, ketika membentangkan manifesto bertemakan ‘Tanah Airku Maju’ itu malam ini, berkata, BN akan memastikan komitmen yang dilafazkan berkenaan akan ditunaikan oleh kerajaan persekutuan.

Katanya, BN juga akan menyuburkan hubungan antara agama dan kaum dan agenda dengan penubuhan Unit Khas Perhubungan Agama dan Kaum di bawah Jabatan Ketua Menteri, selain menjunjung komitmen untuk memperluaskan lagi perkongsian kuasa di semua peringkat pentadbiran.

Menurut Musa, yang juga Pengerusi BN Sabah, BN akan merancakkan agendanya membasmi kemiskinan sehingga mencapai angka kemiskinan sifar serta membina lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Katanya, BN juga akan berterusan dalam menangani isu pendatang asing tanpa izin (PATI), bukan sahaja dengan meneruskan usaha penghantaran pulang PATI tetapi memperhebatkan penguatkuasaan melalui gerakan ‘tiada hari tanpa operasi’.

Komitmen memperkasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dengan menambah kelengkapan aset dan jumlah keanggotaan yang kondusif, kata Musa, turut diberi penekanan dalam manifesto tersebut bagi memastikan sempadan Sabah tidak dibolosi sekali gus memelihara kedaulatan negeri itu.

Menurutnya, BN juga akan mewujudkan peluang pekerjaan yang saksama, meneruskan komitmen pengurusan tanah yang lebih efisien serta melipatgandakan komitmen melindungi alam sekitar ke arah ekonomi hijau.

BN juga, katanya, akan merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar melalui Koridor Pembangunan Sabah yang merentasi setiap daerah serta pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo yang bakal meningkatkan lingkaran perhubungan darat di seluruh Sabah.

Beliau berkata BN juga akan membangunkan golongan wanita serta memastikan kesaksamaan gender dengan semua segmen wanita dibela manakala martabat golongan itu dilonjakkan di semua peringkat.

Musa berkata manifesto itu juga memberi penekanan kepada pembangunan belia dan sukan, pembangunan modal insan, mengukuhkan kedudukan kewangan dan ekonomi negeri, memancu sektor pertanian, merancakkan industri pelancongan dan menggiatkan pertumbuhan industri minyak dan gas.

Menurut Musa, BN juga memberi komitmen untuk mewujudkan kerajaan berintegriti dengan meningkatkan usaha membanteras rasuah serta meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kerajaan.

Di samping itu, katanya, BN akan memperluas capaian jalur lebar bagi memastikan lebih ramai rakyat menyertai komuniti global serta mendapat peluang menyertai bidang keusahawanan dan pendidikan berasaskan teknologi selari dengan tuntutan Revolusi Industri 4.0.

“Kesemua 20 komitment yang digariskan dalam manifesto ini lahir dari keikhlasan dan kejujuran kita dalam membela rakyat dan memajukan negeri.

“Matlamat kita bukan sahaja negeri maju, tetapi rakyatnya juga berkemajuan.Dengan kepercayaan dan mandat berterusan daripada rakyat, kita akan meneruskan perjuangan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Musa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Musa Tidak Didakwa Pada 2012 Kerana Kes Dana Politik

09/11/2018
0

PUTRAJAYA - Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman pada...

Musa Aman Akan Cabar Keputusan Mahkamah

07/11/2018
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman akan merayu terhadap keputusan oleh Mahkamah Tinggi di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd