• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Perak Jangka Umum Manifesto Rabu Ini – Zambry

oleh Ahmad Albab
15/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Barisan Nasional (BN) Perak dijangka mengumumkan manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada Rabu ini (18 April), kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Pengerusi BN Perak itu berkata manifesto berkenaan merupakan satu perancangan yang holistik untuk rakyat di negeri ini terutamanya dalam menghadapi cabaran masa hadapan.

“Saya akan umumkan dalam satu majlis, kita jangkakan Rabu. Manifesto ini merupakan satu manifesto yang menyeluruh dan bukan hanya menabur gula-gula dan harapan palsu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-21 Majlis Belia Negeri Perak di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai calon pada PRU14, Zambry berkata proses pemilihan calon telah selesai dan beliau kini hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum mengumumkannya secara rasmi.

Beliau juga menyangkal dakwaan bahawa BN Perak masih belum memuktamadkan senarai calon kerana terdapat perbalahan atau salah faham di antara parti-parti komponen BN dalam negeri ini.

“Ini dakwaan yang tidak benar kerana negeri Perak adalah negeri yang paling kurang bermasalah. BN Perak akan melakukan perbincangan yang menyeluruh dalam membuat sesuatu keputusan dengan objektif utama iaitu (memastikan) kemenangan kita nanti.

“Persoalan kerusi itu milik parti tertentu, atau kerusi tradisi parti tertentu juga tidak timbul, matlamat utama kita adalah untuk menang, siapa boleh menang orang itu akan bertanding,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya Zambry berkata belia dan anak muda negeri Perak perlu bersatu hati dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan negeri dan negara ini.

Katanya kestabilan yang diperoleh kini adalah disebabkan oleh kepimpinan kerajaan sedia ada yang meletakkan agenda rakyat sebagai agenda utamanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd