• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Ledang Ada Strategi Kalahkan Muhyiddin – Hamim

oleh Ahmad Albab
17/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – “Kita ada strategi yang dia tidak tahu,” demikian respons penyandang Parlimen Ledang terhadap kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Datuk Hamim Samuri berkata strategi mutakhir yang dirancang itu bagi memastikan kekalahan mana-mana calon pakatan pembangkang di kawasan Parlimen berkenaan.

“BN ada strategi tertentu pastikan mereka (calon pembangkang) kalah dalam PRU14 9 Mei ini.

“Tan Sri Muhyiddin pun tahu (strategi BN sebelum ini) sebab dia pernah jadi timbalan presiden (UMNO), tapi ada strategi mutakhir yang dia tidak tahu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Pengeluaran Spesies Pokok Hutan (PPSPH) Ledang di Bukit Gambir dekat sini, hari ini.

Muhyiddin, presiden Parti Bersatu Malaysia (PPBM) dalam satu majlis di Bukit Gambir semalam memberi bayangan akan bertanding di DUN Gambir selain bertanding di satu kerusi Parlimen.

Sementara itu, Hamim yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata PPSPH Ledang diharap dapat menjadi sebuah pusat pengeluaran pokok hutan terkenal dengan penglibatan masyarakat di kawasan itu.

Katanya, untuk memastikan kelestarian khazanah tersebut, seramai 62 usahawan yang menanam pokok hutan juga sudahpun dilahirkan melalui satu program pada 20 Feb lepas.

“Selaras dengan keputusan kerajaan untuk menjadikan subjek alam sekitar dalam sukatan mata pelajaran sekolah mulai tahun depan, saya berharap pihak jabatan pendidikan negeri dapat merangka aktiviti berterusan dengan pelajar sekolah untuk menggunakan kemudahan ini (pusat) sebaiknya,” katanya.

Antara spesies pokok yang ditanam di pusat berkenaan ialah cengal, meranti dan mentega.

Pada majlis itu, Jabatan Mineral dan Geosains turut menghadiahkan sebuah telaga tiub untuk dimanfaatkan pusat berkenaan. – BERNAMA

Tags: Muhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd