• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Johor Lancar Manifesto PRU14 Esok

oleh Ahmad Albab
13/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Memperkasa, mensejahterakan rakyat serta melonjakkan potensi seluruh negeri dalam pelbagai bidang akan menjadi antara intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) Johor yang akan dilancarkan esok.

BN Johor berkata manifesto yang sangat ditunggu-tunggu pelbagai pihak terutamanya masyarakat di negeri ini, bakal dilancarkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga Pengerusi BN Johor.

“Berdasarkan perkembangan kemajuan yang sedang berlaku di Johor, tawaran manifesto BN Johor bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dijangka terus meletakkan negeri itu di hadapan dengan pelbagai potensi yang ada.

“Ia turut dijangka menampilkan tawaran dan kecerdasan baharu untuk negeri Johor bagi tempoh lima tahun akan datang yang akan memberi pelbagai limpahan manfaat kepada rakyat,” kata BN Johor dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain memperkasa dan mensejahterakan rakyat, antara fokus lain yang dijangka menjadi sebahagian manifesto BN Johor termasuklah komitmen BN dalam mencipta pelbagai peluang untuk rakyat, mengurangkan beban kos sara hidup rakyat serta menjayakan projek-projek mega.

Pelancaran manifesto BN Johor akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru bermula pukul 11 pagi esok dan akan disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi Menteri Besar Johor di www.facebook.com/MohamedKhaledNordin.

Seramai 3,000 jemputan termasuk pemerhati dijangka menghadiri majlis tersebut. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled NordinJohor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)...

Johor Rekod Pelaburan Tertinggi Sejarah Malaysia RM110 Bilion

Johor Rekod Pelaburan Tertinggi Sejarah Malaysia RM110 Bilion

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU - "Syukur Alhamdulillah Johor memecahkan rekod sebagai negeri yang mencatat jumlah pelaburan tertinggi dalam sejarah Malaysia"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd