• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bilal Masjid Antara Ditahan AADK Miliki Heroin

oleh AK-47
05/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Seorang bilal sebuah masjid adalah antara lima lelaki yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) malam tadi kerana memiliki dadah.

Ketua Pegawai AADK daerah Pendang, Ahmad Zaher Hamid berkata, bilal berusia 38 tahun itu ditahan bersama lima lelaki berusia 18 hingga 43 tahun kerana memiliki 2.75 gram dadah jenis heroin. dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sejahtera, di sini.

“Dalam serbuan pada 11 malam, kita menemui heroin dipercayai milik bilal itu sebelum kita menahannya dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala lima yang lain mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Zaher berkata,operasi yang bermula pada 8.30 pagi semalam turut menahan 16 individu lain atas kesalahan dadah di lima kawasan berasingan di Kubur Panjang, Keda Tanjung Setol, Kampung Kubang Pisang, Kampung Pulau Machang dan sekitar Mukim Air Putih.

Katanya, mereka yang ditahan adalah terdiri daripada penoreh getah dan penggangur.

Beliau berkata kesemua lelaki itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang untuk menjalani saringan air kencing dan hasilnya kesemua mereka didapati positif dadah. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zaher Hamidditahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd