• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berlembut Pendekatan Terbaik Perangi Keganasan

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kaedah berlembut dan menangani naratif merupakan pendekatan terbaik bagi menentang keganasan , kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Penggunaan kuasa ketenteraan sahaja belum cukup bagi menewaskan Daesh seperti di Timur Tengah apabila kumpulan militan ini menggunakan ideologi sebagai senjata utama mereka.

“Doktrin keagamaan hendaklah diajar secara jelas dan bukan untuk mewajaran ucapan kebencian, pembunuhan beramai-ramai dan serangan bunuh diri,” katanya dalam ucapan alu-aluan sebagai hos kepada bekas jeneral tentera Amerika Syarikat David H. Petraeus ketika sessi dialog interaktif di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini hari ini.

Hishammuddin, yang juga Menteri dengan Tugas Khas berkata sungguhpun situasi di Asia Tenggara pada umumnya adalah aman, namun sebarang bentuk ancaman keganasan tidak harus dipandang ringan.

Sementara itu , Petraeus yang pernah berkhidmat sebagai Pengarah Agensi Perisikan Pusat bersetuju dengan pandangan Hishammuddin dan menambah bahawa jawapan yang tepat bagi menangani Daesh adalah menerusi pendekatan komprehensif.

“Terdapat paradoks dalam hal ini bahawa anda tidak boleh melawan keganasan (seperti Daesh) menerusi operasi kaunter pengganas, tetapi anda memerlukan langkah-langkah yang lebih dinamik untuk menawannya,” kata beliau. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Johor serta beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur tutup esok, Isnin (12 Oktober...

Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri

Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan kerajaan bahawa kejayaan Belanjawan 2027 tidak seharusnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd