• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Laluan Dukun, Qhaliq Dijangka ‘Masuk’ Jun Ini

oleh
05/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS mengambil keputusan untuk menarik balik tayangan Qhaliq, pengarah Ahmad Idham menyasarkan karyanya itu bakal kembali masuk panggung selewat-lewatnya pada Jun depan bersempena sambutan Aidilfitri.

Bagaimanapun Idham memberitahu, pihaknya akan cuba berbincang dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bagi mempercepatkan tarikh tayangan.

“Jika diikutkan selepas menarik keluar Qhaliq yang sepatutnya ditayangkan hari ini (5 April) kita perlu menunggu sekurang-kurangnya enam bulan sebelum ia boleh disenaraikan untuk tayangan.

“Tetapi kita akan berbincang dengan Finas bagi mendapat kelonggaran memandangkan keputusan kami menarik diri kerana ingin beri laluan kepada Dukun dan bukannya sebab perkara lain.

“Kami menyasarkan pada Aidilfitri tetapi kalau ada slot kosong pada minggu ketiga atau terakhir bulan ini kami harap Finas dapat beri kelonggaran itu kepada filem ini,” katanya dipetik Mstar Online.

BACA : Beri Laluan Kepada Dukun, Qhaliq Sedia ‘Undur Diri’

BACA : “Filem Dukun Beri Saingan Sihat” – Norman

Idham berkata lagi, penarikan filem tersebut ternyata meninggalkan kesan memandangkan pihaknya sudah mengeluarkan kos yang tinggi bagi tujuan promosi.

Pun begitu, Idham menyifatkan hal itu sebagai ‘asam garam’ dalam perniagaan dan sekali lagi menegaskan penarikan itu dibuat bukan atas dasar ‘takut’ tetapi memberi ruang kepada filem ‘Dukun‘ yang ditangguhkan tayangan pada tahun 2006.

“Kerugian setakat ini masih terkawal dan ini kami anggap sebagai lumrah tetapi kami percaya ini berlaku kerana ada sebab tertentu.

“Kalau kami diberitahu awal pun mengenai ada filem lain yang akan ditayangkan tarikh sama dengan Qhaliq kami mungkin akan buat keputusan sama.

“Apa paling penting sekarang harap perkara ini tidak berulang pada masa hadapan,” jelasnya.

BACA : Ahmad Idham Tarik Nafas Lega, ‘Qhaliq’ Ditarik Keluar

Filem Qhaliq berkisarkan kehidupan anggota bomba yang berdepan pilihan antara cinta dan kerjaya. Ia dibintangi oleh Hairul Azreen, Risteena Munim, Aliff Yasraf, Noralbaniah dan Azza Elite. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Ahmad Idham
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hans Isaac Enggan Tunduk, Takkan Meletak Jawatan

12/12/2019
0

PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac tidak akan tunduk kepada gesaan enam persatuan artis yang mahu...

Hans Isaac Didesak Letak Jawatan Cuba Sabotaj CEO Finas

11/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Sekumpulan penggiat seni mendesak Hans Isaac meletak jawatan sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd