• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Ratu Cantik Diugut Sebab Sokong BN

oleh
29/04/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANCAMAN… Hanya kerana menyokong Barisan Nasional (BN), bekas ratu cantik Miss Malaysia Indian Global 2006, Mourhrna A. Reddy menerima pelbagai ugutan dan ancaman.

Ia selepas tular rakaman video yang memaparkan sokongan dirinya secara terbuka terhadap manifesto parti pemerintah tersebut setelah dimuat naik menerusi laman sosial popular Facebook baru-baru ini.

Mourhrna berkata, video yang dimuat naik di laman Facebook ‘Den Anak Seremban‘ itu telah mendatangkan kemarahan beberapa individu lain sekali gus membuat ugutan untuk mencederakannya.

“Beberapa hari selepas video memaparkan sokongan saya terhadap manifesto BN yang boleh membantu komuniti India di Seremban dimuat naik, saya telah menghubungi pemilik akaun dan meminta ia dipadam.

“Ini ekoran saya menerima pelbagai ugutan oleh beberapa individu menerusi aplikasi sembang WhatsApp dan komen ancaman melalui laman Facebook,” kata Mourhrna dalam sidang akhbar, di Seremban hari ini.

Namun ujarnya: “Selepas dipadam, ada pihak yang sempat memuat turun video itu dan menularkannya menerusi WhatsApp. Saya kemudian menerima pelbagai ugutan termasuk akan disimbah asid di muka selain dicederakan.”

Baagimanapun Mourhrna, 33, memberitahu, dia turut menerima satu rakaman video daripada seorang lelaki India yang tidak dikenali dan menyuruhnya supaya segera bertindak untuk menukar parti politik.

“Lelaki itu kemudian berkata, kalau saya terus lagi menyokong BN, tidak tahu apa nasib akan berlaku kepada saya nanti dan masih belum terlambat untuk saya masuk (menjadi ahli) pula parti pembangkang.

“Semua video dan rakaman suara berbaur ancaman tersebut membuatkan saya berasa trauma dan saya telah mengupah seorang pengawal peribadi demi keselamatan diri saya,” kata Mourhrna kesal.

Beliau memberitahu, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Seremban 2 dan beliau menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mourhrna A. Reddyratu cantik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Si Ratu Cantik Angkat Senjata

17/05/2021
0

YANGON - Rupawan ini bukan sebarangan Ratu Cantik Myanmar, sebaliknya memiliki semangat juang tinggi dan sanggup mengangkat senjata bagi menentang...

Bekas Ratu Cantik Doktor ‘Frontliners’ Membasmi COVID-19

14/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Dr Nisha Thayananthan yang pernah merangkul gelaran Miss World Malaysia 2019, turut membantu golongan memerlukan yang terkesan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd