• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Anggota DAP Wakili PSM Dalam PRU14

oleh AK-47
10/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Setelah meninggalkan DAP, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Sungai Pinang, Teh Yee Cheu akan cuba mempertahankan kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti tetapi atas tiket Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Anggota Jawatankuasa PSM, Choo Chon Kai berkata ini merupakan kali pertama PSM bertanding di Pulau Pinang dan akan hanya bertanding satu kerusi itu sahaja.

“Teh bukan sahaja menepati kriteria yang kami tetapkan, tetapi kami juga percaya Teh merupakan calon yang berwibawa yang boleh membina kuasa rakyat dan mencapai agenda keadilan sosial,” katanya dalam sidang media di sini.

Beliau berkata Teh akan bertanding sebagai calon individu kerana menurut tradisi parti beliau perlu membuat persediaan asas di Sungai Pinang sekurang-kurangnya dua tahun sebelum dapat diterima sebagai anggota parti.

Teh yang juga hadir dalam sidang media itu berkata beliau mahu bertanding atas tiket PSM kerana mendapati hanya PSM yang benar-benar sanggup memperjuangkan keadilan sosial.

Beliau berkata sekiranya menang beliau akan menggalakkan masyarakat di Sungai Pinang menyuarakan kebimbangan mereka dan PSM akan membawa apa yang disuarakan itu kepada kerajaan negeri.

Teh secara rasmi meninggalkan DAP semalam. – BERNAMA

Tags: PRU-14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

14/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) yakin dapat membentuk kerajaan serta memperoleh majoriti mudah 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum...

PRU-15: Turunkan Bendera PH Kerana Menutup Pagar Hadapan Muzium Negara

PRU-15: Turunkan Bendera PH Kerana Menutup Pagar Hadapan Muzium Negara

11/11/2022
0

Kuala Lumpur : Tindakan individu menurunkan bendera parti Pakatan Harapan (PH) di hadapan Muzium Negara, di sini, kerana pemasangan bendera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd