• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi ‘Ajaib’ Dalam Longkang Ditemui Pejalan Kaki

oleh Ahmad Albab
11/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAPE TOWN – Seorang bayi perempuan dianggap ajaib selepas ditemui hidup walaupun cuaca sejuk berhampiran sarang semut api selepas ditinggalkan dalam longkang sedalam 1.8 meter di Port Elizabeth, Afrika Selatan.

Bayi yang dalam keadaan bogel dengan tali pusat masih bersambung itu ditemui seorang wanita, Charmaine Keevy, 63, yang keluar berjalan dengan anjingnya pada awal pagi kelmarin.

Menurut laporan Daily Mail yang memetik media tempatan, anjing wania itu tiba-tiba mula menyalak dan selepas mendengar bunyi tangisan dia cuba menahan kenderaan bagi meminta bantuan sebelum seorang pemandu, Cornie Viljoen, 60, berhenti.

Viljoen memberitahu bunyi yang mereka dengar adalah esakan bayi.

Mereka mengumpil dan mengangkat penutup longkang itu sebelum Viljoen turun dan meraba mencari bayi berkenaan walaupun tangannya disengat semut api.

“Saya terasa kaki bayi itu dan menyedari ini lokasi jenayah lalu terus mengambil gambar menggunakan telefon bimbit yang kemudian diserahkan kepada Charmaine untuk menyampaikannya kepada perkhidmatan kecemasan.

“Bayi itu terlalu kecil dan saya berhati-hati menariknya. Dia amat bernasib baik kerana tempat dia ditinggalkan lebih rendah daripada sarang semut,” katanya.

Bayi itu dikejarkan ke hospital dan menurut Jurucakap Kesihatan Wilayah, Sizwe Kupelo, dia mengalami hipotermia serta masalah pernafasan.

Kakitangan hospital memberikannya nama Grace April.

Jurucakap polis, Kolonel Priscilla Naidu berkata, pihaknya masih menyiasat dan merayu saksi membantu siasatan.

Sementara itu, Charmaine berkata: “Saya percaya tuhan menggerakkan hati untuk melalui kawasan itu kerana saya tidak pernah berjalan di situ.” – Daily Mail/myMetro Online

Tags: Afrika Selatanbayi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

31/01/2026
0

30 Januari 2026/MYNEWSHUB  PRETORIA – Kerajaan Afrika Selatan mengisytiharkan Wakil Tetap Sementara (Chargé d’Affaires) Israel sebagai persona non grata (orang...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd