• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bahang Semakin Memuncak Di Parlimen Kapit

oleh Ahmad Albab
25/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Bahang semakin memuncak di Kapit apabila seorang lagi pesaing diumumkan untuk merampas kerusi parlimen itu daripada penyandangnya, Datuk Alexander Nanta Linggi, dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Cabaran terbaharu itu datangnya daripada seorang bekas anggota Tentera Laut, Sai Malaka, 53, yang pemilihannya sebagai calon diumumkan Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR) Sarawak Lina Soo di sini semalam.

Menurut Sai, beliau bersara daripada Tentera Laut Diraja Malaysia pada 2009 dan menganggotai Parti Progresif Penduduk Malaysia ketika tinggal di Johor.

Anak jati Katibas, Song, itu menyandang jawatan Presiden Gagasan Dayak Iban Bersatu (GAIU) di Johor pada 2012.

“Saya kembali ke sini pada 2016 dan mendapati penduduk Sarawak perlu mengubah penetapan minda politik mereka untuk menikmati tahap pembangunan yang lebih gemilang,” jelas beliau tentang aspirasi politiknya.

Sai adalah abang calon DAP bagi kerusi Parlimen Kapit pada PRU13, Ramli Malaka, yang kalah kepada Nanta dengan majoriti 9,731 undi.

Star bukanlah masalah besar bagi Nanta. Parti ini belum mendapat sokongan padu daripada penduduk Sarawak, malah, kesemua 11 calon Star dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 2016 hilang wang pertaruhan mereka.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen mengumumkan di sini pada Sabtu parti itu akan mempertaruhkan Paren Nyawi, 37.

Paren, dari Rumah Jarop di Song, memiliki ijazah sarjana muda perakaunan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Beliau bertugas sebagai juruaudit selama 10 tahun di Kuala Lumpur sebelum menyertai DAP pada 2015 dan melepaskan jawatannya untuk bertanding dalam pilihan raya negeri 2016.

Beliau menentang Datuk Ambrose Blikau Anak Enturan daripada Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Katibas, namun kalah dengan majoriti 3,053 undi.

Paren dilaporkan berkata beliau berdepan tugas getir untuk mengetepikan Nanta, Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang mewakili Kapit sejak menang buat kali pertama pada 1999.

Bagaimanapun, beliau akan cuba mengurangkan majoriti undi bagi Nanta sebanyak yang mungkin, dan menurutnya, hasrat itu boleh menjadi kenyataan seandainya generasi muda balik untuk mengundi.

Nanta mengekalkan kerusi Kapit pada 1999 dengan memperoleh 12,157 undi menentang calon Bebas Richard Nujong Abit yang meraih 1,141 undi, dan menang tanpa bertanding dalam pilihan raya umum masing-masing pada 2004 dan 2008.

Selepas menang dalam pilihan raya umum 2013, Nanta dilantik sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam Kabinet baharu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Meskipun tahu kelebihan memihak kepadanya, Nanta yang pemilihannya sebagai calon diumumkan Pengerusi BN Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Kuching semalam, tidak memandang rendah kepada sesiapa jua yang menjadi pesaingnya.

Dalam beberapa majlis di daerah Kapit dan Song, beliau memberitahu para penyokongnya bahawa untuk menang bukanlah satu masalah.

Menurut beliau, perkara penting yang perlu dilakukan adalah meraih majoriti undi lebih besar bagi BN, dan lebih manis, mengalahkan pembangkang sehingga mereka hilang wang pertaruhan.

Majoriti lebih besar bermakna Sarawak akan mempunyai suara lebih lantang membabitkan permintaannya yang tidak boleh dipandang sepi oleh Putrajaya.

Majoriti lebih besar juga akan memastikan kelancaran pelaksanaan Agensi Pembangunan Hulu Rajang (URDA), yang akan memacu pembangunan di kawasan itu merangkumi keluasan 38,000 kilometer persegi terdiri daripada Kapit, Hulu Rajang, Kanowit dan sebahagian Bintulu, katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: BNPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd