• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bagan Datuk Bakal Miliki Sebuah Resort, Pacu Ekonomi Setempat

oleh Ahmad Albab
22/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Bagan Datuk bakal memiliki sebuah mercu tanda baharu apabila sebuah resort akan dibina dan siap menjelang 2020, sekaligus memacu ekonomi dan mengangkat destinasi pelancongan daerah tersebut.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Bagan Datuk akan dijadikan sebagai sebuah daerah termaju di Perak bagi membalas perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang telah mengisytiharkan Bagan Datuk sebagai daerah ke-12 pada Januari 2017.

Menurutnya pembinaan Teedo Resort berhampiran Pekan Bagan Datuk itu dengan kos kira-kira RM75 juta, tidak menggunakan wang kerajaan sebaliknya dibiayai syarikat swasta iaitu Yayasan Al-Falah dan akan dikendalikan oleh Nour Hotel & Resorts.

“Untuk makluman semua, tidak ada satu sen pun pembinaan hotel ini menggunakan wang kerajaan, malah tanah dan infrastruktur pembinaannya juga dibiayai 100 peratus pihak swasta.

“Apabila pihak swasta terlibat dalam pembinaan serta pengurusan hotel ini dengan beberapa premis komersial yang akan dibina, ia adalah selari untuk menjadikan Bagan Datuk sebuah destinasi pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Teedo Resort yang turut dihadiri isterinya Datin Seri Hamidah Khamis dan anaknya Datuk Nurulhidayah yang merupakan Pengarah Urusan Nour Hotel & Resorts.

Difahamkan bersebelahan resort itu akan menempatkan zon komersial iaitu pusat beli belah, restoran, sebuah taman tema tertutup serta Maahad Tahfiz Al-Ridzuan, dengan nilai kasar pembangunan keseluruhan kira-kira RM250 juta membabitkan kawasan seluas 60 hektar.

Ahmad Zahid yang juga penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk berkata, pelaburan awam perlu diadunkan dengan pelaburan swasta bagi membangunkan sesuatu kawasan, sekali gus menyokong dan memacu pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan.

“Ini bukan hanya bertujuan membangunkan ekonomi Bagan Datuk malah untuk menggamit semula anak-anak Bagan Datuk yang terpaksa mencari rezeki di luar (supaya) pulang ke Bagan Datuk (dan) bekerja di sini.

Jadi saya menyeru anak-anak Bagan Datuk khususnya yang merantau pulanglah, tolong mak bapa, tolong kampung dan tolong bangunkan kawasan Bagan Datuk yang sedang membangun ini,” katanya.

Sementara itu, Nurulhidayah ketika berucap menjelaskan resort berkenaan merupakan yang pertama seumpamanya dibina di daerah Hilir Perak serta di Parlimen Bagan Datuk, bagi memenuhi impian rakyat daerah ini.

Katanya sebanyak 150 bilik dan 100 unit pod chalet, tiga bilik seminar, kedai-kedai eksklusif, dewan utama yang mampu memuatkan 500 orang, gymnasium serta kolam renang akan dibina dalam resort itu.

“Hotel ini bakal memberikan peluang perniagaan serta pekerjaan baharu kepada warga Bagan Datuk dalam menjadi rakan niaga Teedo Resort,” katannya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd