• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Badang Negara Tiup Semangat Kontinjen Negara

oleh AK-47
05/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOLD COAST — Badang negara meniupkan semangat kontinjen negara pada hari pertama pertandingan dengan meraih dua butir emas dalam acara angkat berat pada temasya Sukan Komanwel 2018 di sini hari ini.

Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad mencipta sejarah apabila meraih emas pertama untuk negara dalam kategori 56kg dengan jumlah angkatan 261kg.

Lebih manis lagi apabila beliau berjaya memecah rekod kejohanan dengan angkatan 117kg dalam acara snatch, sekali gus mengatasi rekod rakan senegara, Amirul Hamizan Ibrahim yang merakamkan angkatan 116kg pada edisi 2010 di New Delhi.

Bagi acara clean & jerk, badang negara berusia 24 tahun dari Pahang itu, melakukan angkatan 144kg dengan jumlah angkatan 261kg.

Seorang lagi badang negara, Muhamad Aznil Bidin menambah emas kedua dalam kategori 62kg selepas membuat angkatan seberat 288kg, masing-masing 126kg bagi acara snatch manakala 162kg bagi acara clean & jerk.

Di Velodrom Anna Maeres, skuad berbasikal trek negara gagal menyerlah apabila terkandas di pusingan kelayakan manakala atlet berbasikal para Muhamad Afiq Afify Rizan sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keempat acara tandem (B) 1km ujian masa.

Pasukan pecut lelaki negara yang pada awalnya berpeluang merebut pingat gangsa bagaimanapun terpaksa akur dengan catatan masa yang dibuat oleh tuan rumah selepas melakukan perlumbaan semula yang menyebabkan pelumba negara tersingkir daripada pusingan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Khabar duka juga diperolehi daripada kem berbasikal negara apabila jurulatih kebangsaan John Beasley memaklumkan Mohd Azizulhasni Awang hanya akan beraksi dalam acara keirin ekoran keadaan kesihatan yang kurang memuaskan.

Menurutnya, bekas juara dunia keirin itu terpaksa menarik diri daripada acara pecut dan hanya turun beraksi dalam acara keirin serta berharap pelumba yang digelar ‘The Pocket Rocketman’ itu mampu melakukan sesuatu esok.

Kem skuasy yang diketuai Datuk Nicol David pula menyaksikan enam daripada tujuh pemain yang turun beraksi hari ini mara ke peringkat seterusnya.

Selain Nicol, dua lagi pemain perseorangan wanita S. Sivasangari dan Aifa Azman turut mara manakala dalam acara perseorangan lelaki hanya Ng Eain Yow terkandas di pusingan pertama ekoran kejang ketika di set penentuan menentang Rex Hedrick dari Australia.

Skuad badminton negara diketuai Datuk Lee Chong Wei membuka gelanggang dengan kemenangan mudah 5-0 ke atas Ghana dalam acara berpasukan.

Esok, atlet Malaysia akan meneruskan pemburuan pingat dan tumpuan pastinya terarah kepada Azizulhasni serta seorang lagi badang negara, Muhammad Erry Hidayat dalam kategori 69kg.- BERNAMA

Tags: angkat beratAzroy Hazal Wafie Izhar Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Patah Lengan Angkat Beban 110 Kilogram

14/04/2019
0

TBILISI - Seorang atlet angkat berat wanita melalui pengalaman ngeri apabila patah lengan kiri ketika melakukan cubaan kali ketiga mengangkat...

Nenek 97 Tahun Angkat Berat Dapat Emas

09/04/2018
0

BIASANYA warga emas yang mencecah umur 90 tahun ke atas lebih banyak menghabiskan masa yang tersisas dengan duduk dan melakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd