• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Tahan 18 Orang PATI Cuba Menyusup Masuk

oleh AK-47
10/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUBANG PASU – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pasukan Batalion ke-2 Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) menahan 18 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ketika cuba menyusup masuk ke negara ini awal pagi tadi.

Panglima 6 Briged, Brig Jen Abdul Aziz Ismail berkata, PATI berusia 14 hingga 40 tahun terdiri daripada 11 lelaki dan tujuh wanita ditahan pada 1.20 pagi berhampiran Pos 1, sempadan Bukit Kayu Hitam.

” Kesemua PATI itu ditahan selepas pasukan rondaan bermotosikal membuat serbuan di kawasan ladang getah, hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah, ” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Pihaknya turut merampas 18 beg galas mengandungi pakaian, sembilan telefon bimbit serta wang tunai Malaysia sebanyak RM156, wang Thailand sebanyak 320.00 Baht dan wang tunai Myanmar sebanyak 7,400.00 Kyats.

Berikutan itu, mereka dibawa ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, sejak Jan hingga hari ini, seramai 135 PATI berjaya ditahan berbanding 10 orang tempoh sama tahun lalu.

ATM akan terus komited meningkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand dalam usaha mengekang kemasukan PATI ke negara ini, katanya. – BERNAMA

Tags: ATMBrig Jen Abdul Aziz IsmailPati
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd