Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

PRN Sarawak: DUN Bukit...

LAWAS : Tiada kemenangan tanpa bertanding untuk Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang...

KKM Siasat Insiden Pil...

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan akan menyiasat insiden seorang wanita yang dikatakan mati otak selepas mengambil sejenis...

Najib Terima Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA -  Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Jenderal Gatot Nurmantyo hari ini melakukan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri...

Redah Cuaca Sejuk Dengan...

GAMBAR tular seorang budak dengan rambut keras seperti titisan air beku akibat berjalan...

AS, Britain, Perancis Bersatu Serang Syria

RASMI… Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan lewat Jumaat bahawa operasi negaranya dengan Britain dan Perancis sudahpun dilancarkan ke atas Syria.

Ia menyasarkan khusus terhadap rejim ‘jenayah’ Presiden Syria, Bashar al-Assad sendiri sambil mendakwa bahawa “serangan kimia” oleh tentera negara itu terhadap orang awam tidak berdosa wajar menerima tindakan ketara.

“Tidak lama kemudian, saya sudah mengarahkan angkatan bersenjata AS untuk lancar serangan jitu ke atas sasaran yang dipercayai ada keupayaan senjata kimia milik pemimpin kuku besi Syria, Bashar al-Assad,” kata Trump.

Menerusi ucapan khas kepada negara yang disiarkan di televisyen, beliau berkata: “Operasi gabungan dengan angkatan bersenjata Perancis dan Britain juga dibincangkan. Kami ucap terima kasih kepada kedua-dua negara.

“Pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk awam ini konon untuk membunuh kumpulan pemberontak setempat merupakan tindakan besar dalam corak penggunaan senjata kimia oleh rejim yang dahsyat sekali itu.”

Beberapa letupan besar didengar di sekitar ibu kota Damsyik pada awal Sabtu, menurut korespondan agensi berita asing AFP di sana. Televisyen Syria juga melaporkan serangan AS dilancarkan selaras dengan Perancis dan Britain.

Presiden Trump berkata bahawa serangan itu bertujuan mencegah penggunaan senjata kimia oleh pemerintah Syria, seminggu selepas serangan kimia dilancarkan di pinggir Damsyik hingga menyebabkan lebih 40 orang maut.


Perdana Menteri Britain, Theresa May pada Sabtu berkata “tidak ada alternatif yang praktikal” kepada keganasan di Syria sambil mengumumkan bahawa Britain bergabung dengan Perancis dan AS untuk melancarkan serangan itu.

Seorang pegawai kanan AS berkata bahawa serangan itu menyasarkan kemudahan pengeluaran kimia tentera Syria. Seorang lagi pegawai AS mengesahkan ada beberapa jenis bom digunakan dan pelbagai sasaran tertentu dipilih.

Antara senjata yang digunakan adalah peluru berpandu Tomahawk, menurut pegawai itu. Trump juga memberi amaran kepada sekutu Syria iaitu Rusia dan Iran agar jangan memihak kepada rejim negara Asia Barat tersebut.

Serangan besar-besaran AS itu sudahpun dijangka sejak tersebarnya rakaman keadaan dahsyat mangsa terbunuh selepas serangan gas berbahaya di Douma, dekat Damsyik, pada minggu lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori