• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alasan Tiada Anak, Deja Moss Reda Diceraikan

oleh
07/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI bersuara lantang iaitu Deja Moss atau nama sebenarnya, Sharifah Hadijah Wan Moss mengakui reda dengan keputusan suaminya untuk bercerai.

Deja berkata, suaminya iaitu Azfendy Azzuddin Ahmad telah memfailkan tuntutan cerai terhadap dirinya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor sekitar minggu lalu.

Malah, Deja turut tidak menafikan bahawa mereka kini sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

“Dia yang nak cerai jadi biarlah dia yang fail cerai. Sepatutnya Rabu lalu, kami bertemu di mahkamah tapi saya sibuk sangat. Sekarang tunggu tarikh baru,” katanya dipetik Sinar Harian.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai faktor perceraian, Deja menjelaskan bahawa tidak mempunyai anak adalah antara punca utamanya.

“Saya sedia bermadu tapi entahlah… Yang pastinya apa yang boleh saya katakan adalah mungkin kami sudah tiada jodoh. Saya reda bercerai,” jelas Deja.

Tambah Deja, bagi mengelakkan terlalu memikirkan hal berkenaan, dia kini menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja-kerja amal selain menghambakan diri kepada Maha Pencipta.

Deja dan Fendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 dan dinikahkan oleh Imam masjid Nohd. Nazarudi Mohd. Nadzir dengan berwalikan bapa Deja sendiri.

Difahamkan, perkenalan antara pasangan ini berputik sejak mereka kecil dan mula serius selepas bertemu semula 14 tahun kemudian. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: deja moss
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Deja Moss Sah Bercerai Talak Satu

24/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Deja Moss sah bercerai talak satu Azfendy Azzuddin Ahmad tepat pukul 2.45 petang tadi. Hakim Syarie,...

Deja Moss, Suami Bercerai 24 Oktober

24/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini menetapkan 24 Oktober ini untuk suami penyanyi Deja Moss, Azfendy...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd