• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akui Kesilapan Besar, Zuckerberg Mohon Maaf

oleh Ahmad Albab
10/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Ketua Eksekutif Facebook Inc., Mark Zuckerberg, memohon maaf kepada Kongres dan mengaku rangkaian media sosial itu tidak bertindak cukup bagi elak kejadian salah guna data.

Beliau berkata, syarikatnya tidak melakukan secukupnya untuk mengelak kejadian yang memberi kesan buruk dan ia merupakan satu kesilapan besar.

“Kami gagal menjalankan sepenuhnya tanggungjawab kami. Ia satu kesilapan yang besar.

“Ia kesalahan saya dan saya minta maaf. Saya memulakan Facebook, mengendalikannya dan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku,” jelasnya.

Zuckerberg berkata demikian menerusi kenyataan bertulis yang dikeluarkan Jawatankuasa Perdagangan dan Tenaga Dewan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Beliau dijadualkan memberi keterangan kepada dua jawatankuasa Kongres bagi menjawab soalan berhubung kebocoran maklumat peribadi 87 juta pengguna, yang dikongsi secara tidak wajar dengan firma perunding politik, Cambridge Analytica.

Facebook sebelum ini berkata syarikat berkenaan bercadang memberitahu pengguna yang terjejas.

Amalan data syarikat itu kini disiasat Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS.

Zuckerberg akan menyambung keterangan di hadapan panel dewan tersebut hari ini. – Agensi/astroawani.com

Tags: facebookMARK ZUCKERBERG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3

FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak memuat naik ucapan syukur dan tahniah kepada rakyat Selangor susulan pembukaan laluan Transit...

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Ruangan komen akaun media sosial milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd