Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Agong, Permaisuri Ucap Selamat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Gara-Gara Simbol 3 Jari...

Apex, salah satu syarikat panggung wayang di Thailand memutuskan tidak menayang sekuel filem...

Ayuh Gempitakan Stadium Nasional...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengucapkan...

PKS Terima Manfaat Lebih...

KUALA LUMPUR - Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menerima manfaat lebih RM1.3 bilion...

Aktres AS Rekrut Pelacur Diikat Jamin AS$5 Juta

NEW YORK – Aktres Allison Mack yang dibebaskan dari penjara dengan ikat jamin AS$5 juta (RM19 juta) sementara menantikan perbicaraan atas tuduhan merekrut wanita menjadi pelacur dalam kumpulan sokongan rahsia dikendalikan Keith Raniere.

Hakim membebaskan Mack, yang dikenali dengan peranannya dalam siri ‘Smallville’, selepas ibu bapanya bersetuju menjadikan rumah keluarga mereka di Los Alamitos, California, sebagai cagaran.

Sementara Mack, 35, juga bersetuju tinggal dengan ibu bapanya sebagai tahanan dalam rumah.

Pendakwa raya persekutuan di New York mendakwa Mack dengan enam tuduhan pemerdagangan seks dan konspirasi merekrut wanita menyertai program Nxvim dikendalikan Raniere di Albany, New York, mewakilinya sebagai mentor wanita.

Mereka berkata, Mack mengaku tidak bersalah memainkan peranan penting dalam kumpulan itu.


Pendakwa dan peguam Mack berkata dalam fail mahkamah bahawa kedua-dua pihak kini terbabit dalam rundingan mengemukakan rayuan.

Raniere, 57, ditahan atas tuduhan pemerdagangan seks bulan lalu, dan kini ditahan tanpa jaminan.

Hakim Viktor Pohorelsky dari Brooklyn meletakkan syarat melarang Mack berhubung dengan Raniere, Nxivm atau sesiapa yang ada berkaitan pertubuhan itu. – BH ONLINE

Kategori