• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Antiberita Tak Benar 2018 Selari Dengan Al-Quran

oleh AK-47
12/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diwartakan semalam adalah selari dengan prinsip Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi berkata di bawah prinsip ‘tabayyun’, sebarang maklumat yang disampaikan perlu dikaji sebelum disebarkan kepada umum bagi mengelakkan sebarang perkara negatif yang mungkin tercetus akibat penyelewengan berita berkenaan.

“Sejarah membuktikan semenjak zaman-berzaman bagaimana Khalifah Uthman Ibnu Affan terbunuh kerana berita palsu yang disebarkan terhadapnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Basikalton Warga Pendidik, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Komuniti bermula dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Puteh ke Selising di sini, hari ini.

Akta Antiberita Tidak Benar 2018 diwartakan dan berkuatkuasa semalam. Warta kerajaan itu disiarkan di portal www.federalgazette.agc.gov.my Jabatan Peguam Negara.

Beliau berkata kerajaan merangka akta sedemikian selepas mempertimbangkan kemaslahatan masyarakat dan impak akibat penyebaran berita palsu.

Menyentuh PRU14, Asyraf Wajdi beliau berkata setiap pihak hendaklah mengamalkan kempen berhemah berlandaskan prinsip-prinsip Islam bagi mengelakkan gejala-gejala yang boleh membawa kehancuran kepada ummah.

Malaysia kini sedang dalam proses melaksanakan pilihan raya umum dengan hari pengundian PRU14 ditetapkan pada 9 Mei, tarikh penamaan calon 28 April, manakala tarikh pengundian awal 5 Mei. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sering ‘Tayang’ Bahagia, Izreen-Ude Dikecam Netizen

Next Post

‘Datuk’ Didakwa Perdaya Bayaran Pindah Milik Tanah

Related Posts

Keadilan Untuk Adib: Dakwa Ganabatirau, Waytha & 3 Menteri Lain

18/12/2018
0

1. Pergerakan Pemuda UMNO melahirkan rasa amat sedih dan simpati dengan kematian Anggota Bomba Muhammad Adib Mohd Kassim setelah mengalami...

“Jangan Jadikan Isu Tabung Haji Untuk Tutup Kelemahan Sendiri”

12/12/2018
0

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki kesal dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusoff...

Next Post

'Datuk' Didakwa Perdaya Bayaran Pindah Milik Tanah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd