• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adam Tak Berpuas Hati Kedudukan Kelima

oleh AK-47
10/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin yang meraih keputusan paling cemerlang dalam kariernya dengan menamatkan saingan di kedudukan kelima pada Grand Prix (GP) Argentina pada Ahad (awal pagi di Malaysia), masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya itu.

Pelumba Petronas Sprinta Racing Team berusia 19 tahun itu, berkata beliau sepatutnya boleh mencatat keputusan lebih baik dengan meraih kemenangan podium pertamanya selepas membuat kemunculan sulung dalam Moto3 pada musim 2016.

“Sejujurnya, sudah pasti saya amat gembira kerana ini pencapaian terbaik saya. Hujung minggu yang cemerlang, kami mantap secara keseluruhan, namun semalam sedikit rumit berikutan cuaca buruk bagi memilih tayar yang sesuai.

“Kami tidak rugi apa-apa, jadi kami hanya menggunakan tayar basah walaupun kami tahu berapa cepatnya (trek) akan kering. Saya sedikit kecewa kerana saya benar-benar mahu kemenangan podium kerana saya sangat mantap dan selesa dengan jentera ini.

“Permulaan baik, tetapi di pertengahan saya tidak mampu lagi (lebih laju) kerana sudah berada di kelajuan maksimum ketika mengekori pendahulu perlumbaan. Agak rumit, jadi saya hanya melakukan terbaik untuk menamatkan perlumbaan,” katanya menerusi klip audio yang disediakan kepada Bernama oleh pasukannya.

Memulakan perlumbaan di grid keempat, Adam menamatkan perlumbaan sejauh 100.926km itu dengan catatan 41 minit dan 52.934 saat, iaitu 9.112s saat di belakang juara Marco Bezzecchi dari Itali yang mewakili pasukan Redox Pruestel GP (41:43.822s).

Pelumba dari Sepanyol, Aron Canet daripada pasukan Estrella Galicia 0,0 (41:48.511s) dan pelumba Itali Fabio Di Giannantonio mewakili pasukan Del Conca Gresini Moto3 (41:48.785s), masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.

Hasil pencapaian di tempat kelima itu, Adam yang menunggang jentera Honda, kini menduduki tempat kelapan dalam Kejuaraan Dunia dengan mengumpul 16 mata, selepas mengutip lima mata pada perlumbaan pembukaan musim di Qatar pada 18 Mac lepas.

Sementara itu pelumba Moto2 negara Muhammad Zulfahmi Khairuddin berharap jenteranya bertambah baik di GP Amerika Syarikat pada 22 April ini, selepas hanya menamatkan saingan pada kedudukan ke-26 daripada 32 pelumba.

“Saya agak gembira di awal perlumbaan kerana berjaya memintas beberapa pelumba dalam pusingan awal. Kemudian saya cuba kekal dalam kelompok 20 pelumba teratas, tetapi gagal menyaingi mereka.

“Secara jujur, prestasi saya semakin baik dari hari ke hari, tetapi jurang agak besar dengan pelumba di kedudukan teratas. Saya berharap kami dapat mencari penyelesaian terbaik untuk perlumbaan akan datang agar dapat berada di hadapan,” kata pelumba SIC Racing Team itu. – BERNAMA

Tags: Adam Norrodin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

140,000 Bekas Polis Turun Padang Bantu Kempen BN

Next Post

Polis Kelantan Tumpaskan ‘Geng Pok Chek’

Related Posts

“Saya Akan Kembali Semula Dengan Kejayaan Di Sepang”

04/11/2018
0

SEPANG - Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin berazam kembali semula ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan kejayaan menaiki podium selepas...

Litar Basah Beri Kelebihan – Adam Norrodin

02/11/2018
0

SEPANG - Keadaan litar basah mampu memberikan kelebihan kepada pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin menjelang perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP)...

Next Post

Polis Kelantan Tumpaskan 'Geng Pok Chek'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd