• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Minit Terperangkap, Kanak-Kanak Nyaris Mati Lemas

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DETIK cemas usaha menyelamatkan seorang kanak-kanak terperangkap di dalam kolam lebih sembilan minit selepas kakinya tersangkut di saluran paip dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Bagaimanapun kanak-kanak 12 tahun itu berjaya diselamatkan ekoran tindakan pantas salah seorang lelaki yang melakukan pernafasan dari mulut ke mulut di dalam air sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian.

Lapor Dailymail, dalam kejadian di kolam Avista Resort di North Myrtle Beach, South Carolina, Amerika Syarikat pada 19 Mac lalu, mangsa awalnya dilihat sedang bermain bersama-sama seorang lagi rakannya di kolam berkenaan.

Namun entah bagaimana, mangsa yang dilihat menyelam beberapa kali untuk ‘meneroka’ di sekitar kawasan saluran paip sedutan tersebut menyebabkan kakinya tersepit.

Rakannya yang panik cuba membantu bagaimanapun tidak berjaya sebelum meminta pertolongan pengunjung dewasa yang lain untuk membantunya.

Beberapa orang dewasa dilihat masuk ke kolam itu dan cuba menarik mangsa keluar, sementara salah seorang melakukan pernafasan mulut ke mulut pada mangsa.

Pihak Polis North Myrtle Beach menerima panggilan kecemasan dan tiba di tempat kejadian pada pukul 9.30 malam, terus membantu mengeluarkan mangsa.

Sejurus mangsa berjaya dikeluarkan, mangsa terus diberi bantuan pernafasan sebelum dikejarkan ke sebuah hospital oleh pasukan perubatan.

Menurut polis, mangsa selamat namun tidak mendedahkan keadaannya yang terkini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub  HANOI – Seramai 15 pelancong India maut selepas sebuah bot laju yang membawa 36 individu terbalik berhampiran Pulau...

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd