• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Ditahan Proses Air Ketum Di Kedai Makan Terbiar

oleh Ahmad Albab
06/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN -Taktik enam lelaki menjadikan sebuah kedai makan terbiar di Jalan Besar, Bandar Jengka, di sini, sebagai makmal memproses air ketum terbongkar apabila diserbu polis, petang semalam.

Dalam serbuan jam 4 petang itu, kesemua suspek berusia antara 27 dan 61 tahun itu sedang leka memproses air ketum untuk dijual kepada pembeli sekitar Bandar Jengka dan daerah Maran.

Ketua Polis Daerah Maran, DSP Norzamri Abdi Rahman berkata polis menemukan 140 botol disyaki berisi air ketum berjumlah 210 liter serta dua beg plastik hitam berisi daun ketum seberat 11.7 kilogram.

“Suspek yang bekerja sebagai buruh ladang, tukang besi dan peniaga itu dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak enam bulan lalu dengan mendapat bekalan daun ketum dari Perak,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati tiga daripada suspek itu mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan curi .

Katanya, suspek kini direman sehingga 10 April ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: air ketumpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd