• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Anggota Perhilitan Ditahan Kes Sukarelawan Maut

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Empat anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Besut ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan susulan kematian sukarelawan Perhilitan akibat terkena letupan senapang patah, semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Zulkifli Mat Deris berkata lima lelaki berkenaan termasuk mangsa, Kamarul Zaman Mat Ali, 58, pergi menjejaki gajah liar di Kampung Pelong pada pukul 10 pagi semalam.

Difahamkan mereka membawa senjata jenis ‘Baretta Auto Loaded’ ke dalam hutan dan kemudian meletakkan senjata tersebut di dalam kenderaan Hilux secara menegak yang dinaiki mereka sejurus selepas menembak seekor babi hutan yang dijumpai mereka dalam perjalanan.

“Bagaimanapun pada kira-kira pukul 11.55 malam, senjata tersebut meletup secara tiba-tiba semasa kenderaan tersebut bergerak lalu terkena mangsa yang berdiri di bahagian belakang kenderaan tersebut.

“Peluru tersebut mengenai dada dan lengan mangsa, bagaimanapun rakan mangsa yang lain termasuk yang berdiri di sebelahnya tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Setiu oleh rakan-rakannya untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan.

Kesemua rakan mangsa yang berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian. – BERNAMA

Tags: ditahanDSP Zulkifli Mat Deris
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd